Ish!ish!ish!!!!aku baru je dapat berita buruk belaku. Aku tak tahu lah nak cakap orang yang bersikap demikian. Korang nak tahu tak citenya? begini ceritanya....
Biasalh setiap kali mesyuarat pasti ada makan kn. Urusetia dah oder makan untuk semua ahli mesyuarat dan dilebihkan. Tapi ada orang-orang yang bersikap tak tahu malu, kebulur sangat agaknya, dia ambek makanan mesyuarat tue tanpa pengetahuan orang yang hidangkan tue. Masa makanan tue sampai mamat yang hidang kuih tue dah hidang sikit pada ahli yang hadir dan tinggal lagi sikit mana yang belum hadir. Budak tue siap tutup makanan yang tinggal tue supaya jangan diambil. Tetapi apabila budak tue balik dari ambek tarmos kat unit lain, tiba-tiba dia tengok kuih tue dah tinggal satu. Sedangkan dia belum habis hidangkan untuk semua ahli mesyuarat. Tak keruan budak tue dibuatnya dan dia pun maklumkan lh pada urusetia....Urusetia pun dah tak leh nak kata apa....nak salahkan budak mamat tue, bukan salah dia, yang salah adlah orang yang kebulur tue...
Budak mamat tue ada jugak lh bising-bising tapi mana ada orang nak mengaku dia buat salah ye tak?.. Benda pun dh jadi nak buat macam ne lagi.... Redha aje ler yang tak dapat makan tue... Nasib baik ada bos yang tidak kisah tapi kisah jugak agaknya tapi malu nak cakap. hehehe.....
Sepatutnya kalau ia pun teringin sangat nak makan ke minum ke, minta izinlh ngan budak tue dulu, tanya ada lebih ke tak?, ini tak terus je ambik tanpa pengetahuan budak tue. Dah budak mamat tue tak keruan dibuatnya krn makanan mesyuarat tak cukup...
So, kawan-kawan semua ingat lh kalau ia pun dah kebulur sesangat petang-petang tue, kalau ada makanan mesyuarat, beringatlah minta izin dulu sebab makanan tue bukan hak kita lain lh kita yang masuk mesyuarat tue....ingat ye kengkawan....
2 comments:
sapelah orang tu agaknyer ye
haah...memang tak patut...
Post a Comment