Wednesday, August 10, 2011

Ye ye dapat BONUS!

Tiap-tiap hari tengok berita menunggu jika PM ada memaklumkan bayaran BONUS untuk kakitangan kerajaan. Bermulanya semangat tengok berita nie selepas dengar berita di radio Sinar FM yang mengatakan CUEPACS meminta BONUS 2 bulan gaji. Kalau tak silap aku 8 Ogos 2011 PM mengumumkan bayaran BONUS dan bayaran khas untuk kakitangan awam. Perghhhhhhh! lega rasanya bila dengar berita itu. Tq lh PM kerana memahami kehendak rakyat.

Alhamdulillah....dengan duit bonus nie dapat lah aku bagi ibu-ibu ku dan anak-anak sedaraku duit raya serta belanjan raya. Kalau nak harapkan gaji je menang tak cukup. Pulak tue bulan nie aku baru je bayar ins. dan rtx kereta aku hampir RM1000.00. Kalau tak bayar nanti tak dapat berjalan pulak. Syukur kepada Allah S.W.T.

Geng-geng aku kat opis nie apa lagi kemain suka ria seperti kanak-kanak riang. Lagu raya pun dah dikumandangkan. Wajah ceria terpancar di raut wajah masing-masing. Bagus lah tak lah raya nanti jadi hari yang mendukacitakan betul tak?...kalau boleh orang nak hapy-hapy...baru lah terasa nikmatnya hari raya tue..

Apa-apa pun kawan-kawan di luar sana dan juga untuk diri ku berbelanja lah bijak dengan wang yang ada dan jangan boros tak ingat dunia ye....

silalah comment post ini...

No comments: