Wednesday, August 10, 2011

Aktiviti di Bulan Puasa

Tahun ini bulan puasa, aktiviti aku adalah menjahit baju. Kalau aku tak jahit tak siap dengan sempurna lah baju tue...hehehe....macam besar sangat peranan aku nie yerk!. Tugas yang telah diamanahkan kepada aku adalah menyiapkan jahit mata lalat. Kaum perempuan mesti tau apa itu mata lalat...mata lalat adalah yang terdapat di leher baju perempuan seperti gambar di bawah, jom saksikan.....







Gambar-gambar di atas ini lah jahitan mata lalat yang aku maksudkan. bagi yang berminat menjahit boleh melayari http://senijahitan.com/  di dlm web tue ada cara-cara membuatnya kalau aku tak silap lah, nak keterangan lanjut korang search lh sendiri ye.

Lebih kurang 10 helai setakat hari ini. 1 hari hanya aku dapat siapkan 1 baju je sebab siang aku kerja, malam je yang aku ada masa nak jahit. Aku start diberi amanah nie bermula pada 6 Ogos 2011 yang lepas oleh ibu mertuaku. Sedikit sebanyak dapat jugak aku membantu ibuku tue...Kesian jugak aku tengok ibu mertuaku bersengkang mata nak siapkan baju orang. Alhamdulillah...duit hasil menjahit lah dapat menyara kehidupan seharian sekeluarga. TQ Allah.

So, kawan-kawan di luar sana boleh lah mencuba hobi yang baru. Bukan sekadar untuk mengisi masa yang lapang bahkan boleh dijadikan bussiness. Ahli keluarga pun dapat pakai baju hasil tangan kita sendiri, dah jimat..Selamat mencuba!..


silalah comment post ini...

No comments: