Thursday, August 11, 2011

Tayar Bas Meletup

Hari nie pagi-pagi aku pergi hantar ibuku ke klinik Bandar Mas untuk rawatan dengan doktor pakar. Kebiasaannya rawatan dengan doktor pakar nie memang memakan amsa yang lama, pulak tue kat klinik Bnadar Masorang ramai. Setakat jam sekarang nie ibuku masih belum telefon aku lagi, ini menunjukkan ibuku masih belum balik lagi. Kadang-kadang aku kesian tengok orang tua-tua seperti ibuku tue dah lah tua kne tunggu berjam-jam.

Dah cite bab klinik pulak lari dari tajuk entry aku daaa......ok berbalik pada tajuk entry aku, masa aku dalam perjalanan pulang dari hanatr ibuku tue aku ada nampak bas sekolah berhenti di tepi bahu jalan dan aku nampak tayar sebelah pemandu dah pecah macam bentuk bunga tayarnya. Aku pun meneruskan perjalanan aku dan tidak jauh jugak jarak dengan bas tadi tiba-tiba aku ternampak benda hitam di tengah-tengah jalan raya rupa-rupanya baki tayar bas sekolah tadi. Dalam hati aku berkata syukur alhamdulillah kejadian itu berlaku tiada kenderaan lain yang hampir dengan bas tersebut dan tiada terlibat. Lepas sahaja aku lepas dari kejadian itu aku pun terus telefon suamiku untuk memaklumkan kejadian terbabit agar dia berhati-hati memandu. Siapa tak sayang suami oiii....ai.

Nasib baik lagi bas tersebut tidak terbalik dan aku rasa tiada budak sekolah dalam bas tue. kalau tak aku tak tahu lah apa akan terjadi.....tragedi yang mengerikan. So, kawan-kawan dan juga diriku beringat jika tayar kenderaan kita sudah haus atau botak cepat-cepat lah tukar demi nyawa kita sendiri dan juga penumpang. 
Ingat lah orang tersayang......


silalah comment post ini...

No comments: