Berita nie aku dapat drp Yahoo pd 11 ogos semalam dimana Fida "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" telah jatuh hati dengan tandatangan mamat "Raja Lawak kumpulan Sepah". Daripada tandatangan pun boleh membuatkan orang jatuh hati kn!. Kalau korang nak tahu tandatngan Mamat adalah dalam bahasa JAWI sebab tue Fida jatuh hati sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL,"
Fida juga telah mengaku bahawa mereka sekarang dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja 6 bulan. Ermmm....aku rasa pilihan Mamat memang betul dan begitu juga dengan Fida.
Bagi Fida Mamat di matanya, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya." "Salah satu sebab lagi yang membuatkan Fida jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ Fida mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab."
Kalau bab soal jodoh pula, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.
InsyaAllah diizinkan Allah aku doakan hubungan mereka berpanjangan hingga diijab kabulkan dan sepanjang hayat. Pasti ceria je hubungan mereka hingga tak kering gusi Fida dibuatnya Mamat..hihihihi...
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment