Friday, August 12, 2011

Kasih Alia

Hi!.....korang tengok tak cite "Kasih Alia" jam 7.00 petang. Cite tue mengisahkn kes penculikan kanak-kanak untuk ambil organ mereka. Kesian kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa kejam manusia durjana. Sebelum organ mereka diambil, mereka dipaksa menjadi pengemis pula. Setelah organ mereka diambil, mayat mereka di masukkan di dalam plastik dan dicampakkan di dalam sungai sahaja. MasyaAllah......sungguh kejam.

Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Semua penjenayah terbabit telah ditangkap polis. Kehidupan kanak-kanak pun kembalikan ceria dan begitu juga dengan ibu bapa yang sentiasa dilanda kerisauan akan kes sedemikian.

Sebenarnya cite itu mengisahkan adalah kisah benar. Kalau seingat aku memang sebelum-sebelum ini ada dengar dan ada kelaur berita tentang kes sedemikian. Penjenayah itu mengumpan kanak-kanak dengan memberi ais krim dan gula-gula lolipop yang besar. Nama pun budak, mereka sudah tentu suka ais krim dan gula-gula lolipop betul tak? masa aku budak dan sampai sekarang pun aku suka makanan tue...hihihi...tapi tak lh sejakun masa kanak-kanak dulu.

Sekarang zaman dah canggih, tak mustahil perkara sedemikian tak akan berlaku lagi. So, jaga lah anak-anak masing-masing terutama ketika shooping, di pasar, di stesen bas, di taman permainan dan tempat-tempat yang tiada orang jaga anak-anak anda. Pastikan salah seorang ibu bapa atau penjaga bergilir-gilir menjaga anak-anak anda jangan dibiarkan mereka bersendirian. MERBAHAYA!

Cite "Kasih Alia" nie bukan sahaja mengisahkan kes penculikan tapi bercampur..anda ingin tahu anda tonton lah cite itu di TV3 jam 7.00 ptg setiap hari isnin hingga khamis. Selamat menonton.....


silalah comment post ini...

No comments: