Monday, May 23, 2011

Anak Yatim Terkorban Akibat tanah Runtuh

MasyaAllah....semalam aku tengok berita TV3 memaklumkan Anak yatim terkorban akibat tanah runtuh...7 orang dikebumikan dalam 1 liang lahad yang sama. Innalillah.......mari kita sama sama membacakan Al-Fatihah utk mereka, Al-Fatihah.. (bagi yang beragama islam shaja). Diantara 7 orang itu dua orang adalah adik beradik.

Walau bagaimanapun masih terdapat lagi yang belum dijumpai dalam timbusan tanah. Ya Allah engkau permudahkan lh penyelamat membuat siasatan dan temuikan lh mayat mayat mereka agar dapat dimandikan dan dikebumikan dengan sempurna. bak kata orang walau pun dah meninggal tapi jika ada kuburnya kita akan selalu ingat dan datang ke kubur untuk diziarahi tapi kalau takde kubur bermakna tiadalh mayatnya kerana telah ditelan bumi. Tiada peninggalan bagi yang hidup agar sentiasa mengingatinya hanya doa sahaja dapat disampaikan.


Sedih dengar berita sedemikian, dh lah anak yatim takde ayah dan ibu...nasib baik ada orang yang prihatin terhadap mereka untuk menjaga makan pakai dan memberi pelajaran. Macam mana agaknya kalau mereka tinggal sedirian adik beradik sahaja....Ya Allah.....
Besar pahala orang yang mengusahakan rumah kebajikan anak yatim nie... orang yang berkhidmat di rumah tersebut pun sama mendapat pahala. Tiada kanak kanak yang menginginkan mereka dijadikan anak yatim, tapi nie semua sudah ketentuan Ilahi...takde sapa boleh melawan takdir Allah.

No comments: