Ini adalah al kisah sang kaki yang selama ini telah banyak berjasa ngan tuannya tetapi hayatnya tidak sama ngan hayat tuannya. Agaknya kalau sang kaki boleh bercakap, tentu dia menangis dan bercakap 'kenapa lh tak menjaga aku dengan baik dan kekalkan aku di tubuh badan engkau sehingga habis riwayat engkau...'
Ish! Ish! Ish! kalau boleh dengar keluhan anggota tubuh baban sendiri agaknya memang dunia nie dah nak berakhir agaknya kn!... Sambung balik cete, sang kaki telah berjasa ngan tuannya selama 63 tahun 9 bulan. Tarikh akhir riwayatnya adalah pada 13 April 2011. Sang kaki di pisahkan daripada tubuh badan tuannya kerana menghidap penyakit kencing manis. Sang kaki yang dulunya cantik molek kini bertompok hitam dan bernanah. Tiada pilihan lain terpaksa dipisahkan dan ditamatkan riwayatnya...
Pada mulanya tuannya pun tidak dapat menerima yang sang kaki akan dipisahkan darinya, setelah selesai operatioan dan diberi rehat secukupnya, bila sedar didapati sang kaki sudah tiada lagi seperti sebelumnya. Sang tuan asyik meraba-raba mencari sang kaki. Tetapi setelah diberi semangat dan kekuatan dari anak-anaknya akhirnya dia dapat menerima akan perpisahan tersebut.
Sang Tuan hanya mempunyai seorang anak lelaki sahaja daripada 7 orang anaknya. Anak lelakinya amat menyayanginya. Satu hari anak lelakinya datang melawatnya di hospital, tiba-tiba air putih jernih dengan tanpa disuruh dan dipaksa keluar mengalir di pipi anak lelakinya. Sekuat mana pun hati dan perasaan kejantanannya akhirnya kalah apabila melihat keadaan ayahnya yang kini sudah tiada kaki dan tidak boleh berjalan seperti sebelum ini. Alhamdulillah, dengan adanya orang tersayang yang sentiasa berada di sisinya dan sentiasa memberinya semangat, akhirnya dia pun boleh menerima keadaan ayahnya. Keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik untuk ayahnya.
Pada 13 April 2011 itu jugak sang kaki di semadikan, dikafankan dan dikebumikan. Semuanya diuruskan oleh Anak lelaki tuannya dari A sampai Z. Sayu rasa hati apabila melihat sang kaki yang telah lengkap dikafankan. Semoga sang kaki ini dapat menolong tuannya pada alam barzah dan akhirat kelak daripada seksaan kubur dan api neraka serta dimasukkan ke syurga, hendaknya. Amin...
No comments:
Post a Comment