Alahmdulillah....aku bersyukur kehadrat Illahi dengan rezeki yang Engkau berikan... sekiranya berita yang aku dengar ini adalah hikmah disebalik perkara yang kami (aku & suami) lalui, kami bersyukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.
Pada 30 Mac 2011, aku digemparkan dengan berita yang pada mulanya meruntunkan hati aku iaitu aku akan berjauhan dengan suamiku. Tapi rupa-rupanya tipah tertipu, hahahaha...dia (suami) cuma ditukar jadi driver kereta pulak dari jadi driver lori khemah. Bertuah betul suami aku tue buat aku saspen....je. Selepas je aku baca surat yang diberikan aku rase sedih. Aku pun tak tahu sedih kerana apa adakah kerana memang sedih atau sedih gembira, tiba-tiba je rase sayu...ini lh perasaan seorang perempuan dan isteri yang memang kaya dengan air mata dan tidak boleh dinafikan lagi...
Mungkin berita ini adalah rezeki untuk kami dan hikmah untuk kami jugak agaknya. Hanya DIA sahaja yang tahu. Aku tak tahu apa hikmah disebalik rezeki yang DIA berikan ini dan adakah ini lh hikmahnya disebalik kejadian sebelum ini...? Betul ke apa aku tulis nie, korang faham tak, klu tak faham, faham-fahamkn aje lh ye, huhuhu.... Aku juga rase korang pun pernah melalui situasi macam nie betul kn?...
Semoga dengan kehidupan baru ini akan memberi keluargaku lebih bahagia dan terpelihara serta terjamin masa depan kami hendaknya, amin...
No comments:
Post a Comment