Kenapa zaman sekarang nie jauh berbeda dengan zaman ibu2 kite dulu2...zaman sekarang budak2 muda sudah tak hormat org yg lebih tua dri die..ish! kurang hajar betul budak2 sekarang nie kn..bile kite bri nasihat langsung tak nk dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..tegur sikit pn tk leh.
Macam2 berita kite dengar kat berita, kereta cikgu kne pancitkn lh, cikgu diugut, dinding sekolah diconteng perkara yang tak sepatutnya, cikgu di saman oleh ibu bapa dan macam2 lg lh. Bukan sahaja budak sekolah tau, dikalangan ahli keluarga pun ada yang nak menunjukkan kuasa masing2. Nasihat kakak n abang langsung tak diendahkn dan dipedulikan, lawan cakap ada lh. Entah lah budak2 sekarang nie tak tahu nak beri nasihat macamne lg...
Kalau selalu sangat ditegur pun susah jugak krna budaknye dh besar, lain lh kalau masih kecil lagi boleh lh ditegur kerana kalau budak kecil nie kn ikut kata... Pada aku budak2 nie jadi sedemikian adalah disebabkan beberapa faktor antaranya:
- mungkin budak2 nie adalah dikalangan orang yang mempunyai masalah dengan ahli keluarganya;
- mungkin die menganggap ahli keluarganya tidak menyayanginya atau ibu bapa berat sebelah;
- berkawan dengan kawan yang kurang sopan perangainya;
- suka memendam rasa dan masalah seorang diri tanpa meluahkannya;
- masyarakat sekeliling memandang rendah padanya;
- memang sudah dilahirkan sebagai orang yang degil (ketentuan Tuhan)
So, aku rase budak2 yang jadi macam nie bukan sahaja di bawah tanggungjawab ibu bapa dan guru bahkn masyarakat di luar pun turut memainkan peranan yang penting bagi menjadikan anak2 ini sebagai anak bangsa yang berguna untuk dirinya, bangsa dan negara.
Wahai adik2 dn kawan2 di luar sana sekiranya anda mempunyai masalah cari lh orang yang anda rase boleh dipercayai untuk mendengar luahan anda bukan utk mengharapkan balasan atau pertolongan darinya tetapi sekadar menjadi mendengar pun sudah memadai. Sekiranya anda meluahkan perasaan yang terbuku di hati anda kepada orang lain anda akan merasa lega dan ringan dari bebanan yang anda pikul.
Satu lagi, anda semua mesti ingat sebagai orang islam ada cara yang lebih mudah untuk kite luahkan perasaan tanpa diketahui oleh orang tetapi hanya Dia (Allah) yang Maha Mengetahui, Melihat dan Pengampun. Anda mohon lh kepadanya untuk minta petunjuk dan perlindungan serta jalan yang lurus agar perjalanan hidup anda menjadi mudah, InsyaAllah...
Bagi Ibu bapa, mesti ingat dari anak dalam kandungan lg mesti diajar dan membuat perkara ke arah kebaikan seperti selalu didengarkan ayat2 suci Al-Quran, zikir dan lain2 lagi agar apabila ia dilahirkan nanti mereka akan menjadi anak yang soleh/solehah. Perbuatan ibu bapa adalah memainkan peranan yang penting dan akan memberi kesan terhadap anak di dalam kandungan ibu. Ini adlah kerana anak yang di lahirkan adalah dari darah daging ibu bapa itu sendiri.
Saya juga pernah terdengar dari ceramah2 yang disampaikan oleh orang yang profesional tentang perkara ini, beliau menyatakan bahawa perangai atau sifat bayi itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T dari dalam kandungan ibunya lagi, bukan setelah beliau dilahirkan di dunia. Maka, lenturlah buluh biar dari rebungnya bukan setelah jadi pokok buluh..(betul ke pepatah aku nie, lebih kurang lh kn...).
Ya Allah ya Tuhanku hanya kepada mu kami berserah dan minta pertolongan, makbulkan lh doa kami ini agar kami dikurniakan zuriat dan keturunan yang baik2 dan soleh serta solehah, amin...
1 comment:
Amin... Sebagai ibu bapa, kalau marah anak jgn sampai doakan anak mende yg tak baik. Krn doa ibu bapa ni cepat diperkenankan. Jadi, berdoalah yang baik2 untuk anak2.
Post a Comment