Thursday, July 11, 2013

Nak Makan

Alhamdulillah my baby sekarang dah mula nak makan apa sahaja termasuklah nasi. Kalau sebelum ni dia susah sangat nak makan nasi. Hari ini mungkin hari dia nak makan kot. Sya masakkan sayur kobis masak air je campur dengan tahu. Alhamdulillah dia makan, habis nasi 1/3 senduk. Susu pun dia kuat jugak minumnya. 

Walaupun my baby orang kata badannya nampak susut tapi, bila didokong, lenguh dan sakit jugak pinggang kita. Pipinya montel dah tembam sikit, kakinya juga nampak tembam. Bila dalam gambar memang nampak kurus. Dibandingkan masa dia kecik memang berbeza, masa kecik tembam sangat bulat je mukanya. Dah besar ni dia dah aktif dan dah dapat kaki pulak, berjalan saje turun naik turun naik tangga dan ke hulu ke hilir. Ada saja yang dia nak buat main tak kiralah periuk, mangkuk, selipar, penyapu dll lah. Mainan yang khas untuk dia, dia tak nak main.

Bagusnya dia dah aktif ni, tidur malam dia tak berjaga sampailah pagi. So, mamanya taklah bangun buat susu selalu sebab dia dah keletihan bermain siang hari. Kadang2 tu sampai sya hantar umah tok maknya dia masih tak bangun2, letih betul. Senang mamanya nak bersiap dan berkemas. Kalau dia sadar payah, tak boleh buat keje kita dibuatnya asyik nak berdokong saje.. ada satu hari tu sampaikan mamanya bersolek sambil mendokongnya. Kalau tak, bila nak siap, nanti lambat pergi kerja nak hantar dia ke rumah tok mak lagi, nak kejar punch card lagi. Errmmm......aptb anak mama ni.

Syok je menaip dah lari dari tajuk pulak citenya ye. Kita sambung balik tujuan asalnya. My baby suka sangat makan jemput2 pisang. Manis agaknya. Bukan shaja jemput2 pisang, jemput2 lain pun dia nakan. Ada dalam 5 biji jugak kadang2 dari secubit2 beri dia. Kalau dia suka makan dia akan datang pada sya tanpa sya panggilnya. Kalau tak suka, sya panggil dia buat tak tahu jerk....ish! Geram betul kadang2. Tahu dengan gula merah tu pun dia suka makan. Mertabak maggi pun ada sekali sya beri, sya bawak balik baki makanan mesyuarat tempat kerja. Dia suka makan sampai habis sepotong. Suka sangat tengok bila my baby dah boleh makan menu keluarga. Tahap kebimbangan dan kerisauan dah kurang lh. Susu tak mengenyangkan untuk usianya sekarang. Di usianya sekarang memang dia perlu makan, susu tetap minum.

Setakat ini sya beri lobak, kobis dia makan. Tapi brokoli kurang gemar sikit. Kalau lobak, dia makan gitu je kalau sya masak sup. Sedap agaknya pada tekaknya. Baguslah sayang boleh cerahkan mata. Dapat dielak dri penyakit rabun. Mama harap anak mama lepas ni tak memilih makan ye sayang. Mama gembira lihat anak mama dah pandai makan dan semakin bijak. I love u so much!.

Kawan2 di luar sana, anda kenalah berbanyak bersabar apabila melayan karenah baby ni. Ragam mereka setiap baby tak sama. Masing2 ada perangai masing2 dan berbeza. Banyakkan istiqfar agar tahap kemarahan tidak melampaui batasnya.

 Good luck mama, mummy, ibu, emak, ummi dalam mendidik anak! Semoga anak kita nenjadi anak yang soleh dan solehah serta baik, dengar kata ibu bapa, dunia dan akhirat....amin.

silalah comment post ini...

Wednesday, July 10, 2013

Perkara yang memBatalkan Puasa

Hanya sebagai peringtan semula sahaja walau pun dah mempelajsrinya semasa sekolah dahulu atau pun ada membaca buku. Hal maklumlah kadang2 kita ni terlupa atau pun tidak sengaja melakukannya, betul tak!. Di sini sya nak kongsikan dengan anda perkara2 yang boleh membatalkn puasa iaitu seperti di bawah:

  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa)
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium dan sebagainya
  • Kedatangan haid atau nifas
  • Gila walaupun hanya sekejap masa
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari
  • Murtad iaitu orang yang keluar daripada agama islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan
Inilah ia perkara2 yang boleh membatalkan puasa kita. Puasa kita boleh terbatal jika salah satunya kita ada melakukannya. So, elaklah daripada melakukan perkara2 sedemikian. Membuang puasa memang seronok sebab boleh makan di siang hari tapi apabila hendak menggantikannya punyalah liat atau susah, ada sahaja alasan yang diberinya. Nampak mudah tapi sukar untuk melakukannya jika tidak kuat.

silalah comment post ini...

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Salam ramadhan sya ucapkan kepada semua umat islam. semoga tahun 2013 ni akan beri lebih banyak manfaat dan hidayah dariNya. Banyak dugaan pada bulan puasa ni, terutamanya nafsu makan, mata dan mulut. So, bulan puasa kali ni nak kurangkan pergi bazarlah dan kalau boleh takyah pergi sebab nnti pelbagai makanan yg hendak dibelinya tapi akhirnya tak makan, dah membazir...

Kalau lah ramsi orang tang berfikiran macam sya habis lah peniaga2 di bazar.. hahahaha....tak balik modal. Ini KPI sya, jangan lah yang lain pun ikut sya. Misi sya, sya nak kurangkan belanja dan kawal pemakanan serta elak dari membazir. pada orang lain terpulang lh kepada anda nak menentukan cara hidup anda.

Puasa pertama je sya dah tak dapat berbuka bersama en suami tercinta sebab bertugas. Apa boldh dikatakan lagi, dari tugas itu lah punca rezeki kami so, sya kena redha' dan terima hakikat serta paham dengan tugas en suami walau pun ada terasa terkilan dan kecewa sikit. Tak kisah lah, hari ketiga dapat berbuka bersama2 insyaAllah hendaknya.

Tahun lepas satu bulan tak dapat berpuasa sebab dalam pantang. Alhamdulillah sya dah bayar fidyah sebulan until puasa yang sya tinggal tahun lepas. Rasa lega sikit lepas bayar fidyah. Lepas raya ingat nak puasa ganti insyaAllah dengan izinNya. Setakat 7 hari ini mungkin takda hal lah sangat, ni satu bulan tu...ingan sikit hari nak ganti. Ganti hari mungkin tal berapa yakin sangat, dapat puasa pd hari isnin dan khamis pun dah ok sangat lah.. Harap2 boleh puasa nanti.

Tahun ni sya sangat berharap kalau sya dapat berpuasa penuh tanpa makan pil. Memang boleh tapi sya rasa sya tak boleh sebab ia akan mengganggu kitaran haid sya. So, hanya mampu dilakukan ialah berdoa agar dapat berpuasa penuh, itu sshaja. 

Dikesempatan ini sya ingin ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia. amin....

silalah comment post ini...

Wednesday, June 12, 2013

Tahap - pandai berjalan

Dalam usia 10 bulan my baby dah pandai berjalan sikit2 bertatih tatih... bak kata orang. My baby boleh dikira perkembangannya cepat jugaklah. Saya xebagai seorang mama sangat gembira dan teruja apabila my baby dah pandai berjalan, sangat seronok.

Walau pun dalam keadaan gembira ada juga perasaan risau iaitu my baby kurang makan. Saya buat bubur dia hanya makan 2, 3 suap je. Begitu juga dengan nestum, tetapi yang peliknya apabila nestum dibancuh cair2 dan dimasukkan ke dalam botol susunya, dia boleh habiskan. So, sebagai mama yang tak nak anaknya kurang makan dia terpaksalah mengikut rentak baby asalkan dia makan.



Semenjak dah pandai berjalan, my baby memang sangat aktif, tak senang duduk kita dibuatnya. Haahahahahaha......anak anak.......memang suka buat mama kurus. I like!

Hari demi hari, my baby dah boleh berjalan laju xikit macam nak berlari. Selalunya masa papanya pulang dari kerja paxti my baby akan mengejar papanya untuk  minta didokong. Selagi papanha tak ambil dan dokongnya, dia akan merengek dan marah. Apabila dah didokong, senyaplah dan ketawa adalah. Apabila mamanya dan tokmaknya nak ambil dia,cepat dipusingkan badannya ke belakang. Memang anak bertuah!

silalah comment post ini...

Makeover

1st time makeover muka orang lain, sebelum ni tak berani sebab tak pernah pergi kursus solek bagai ni. Selepas pergi kursus ni barulah da keberanian nak makeover muka orang. Kakak di office sya menjadi mangsa. hahahaha.....


Haaa.....ini dia kaka yang menjadi mangsa sya......

Hari esoknya kawan sya imal pulak yang ambil alih makeover muka kakak ni. ini hasilnya....


Eeerrmmmm.....cantik kan kaka ni bila dah dimakeover. So cute!!!! bila sya post di FB ramai yang komen cantik, sampaikan suaminya pun komen "isteri siapa".. ermm....alhamdulillah hasil pembelajaran kami berguna dan berjaya kami pratktikkan untuk diri sendiri dan kawan.... Terima kasih kepada Kak Dah kerana sudi membawa kami....

 silalah comment post ini...