Hanya sebagai peringtan semula sahaja walau pun dah mempelajsrinya semasa sekolah dahulu atau pun ada membaca buku. Hal maklumlah kadang2 kita ni terlupa atau pun tidak sengaja melakukannya, betul tak!. Di sini sya nak kongsikan dengan anda perkara2 yang boleh membatalkn puasa iaitu seperti di bawah:
- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja
- Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa)
- Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani
- Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium dan sebagainya
- Kedatangan haid atau nifas
- Gila walaupun hanya sekejap masa
- Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari
- Murtad iaitu orang yang keluar daripada agama islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan
Inilah ia perkara2 yang boleh membatalkan puasa kita. Puasa kita boleh terbatal jika salah satunya kita ada melakukannya. So, elaklah daripada melakukan perkara2 sedemikian. Membuang puasa memang seronok sebab boleh makan di siang hari tapi apabila hendak menggantikannya punyalah liat atau susah, ada sahaja alasan yang diberinya. Nampak mudah tapi sukar untuk melakukannya jika tidak kuat.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment