Thursday, July 11, 2013

Nak Makan

Alhamdulillah my baby sekarang dah mula nak makan apa sahaja termasuklah nasi. Kalau sebelum ni dia susah sangat nak makan nasi. Hari ini mungkin hari dia nak makan kot. Sya masakkan sayur kobis masak air je campur dengan tahu. Alhamdulillah dia makan, habis nasi 1/3 senduk. Susu pun dia kuat jugak minumnya. 

Walaupun my baby orang kata badannya nampak susut tapi, bila didokong, lenguh dan sakit jugak pinggang kita. Pipinya montel dah tembam sikit, kakinya juga nampak tembam. Bila dalam gambar memang nampak kurus. Dibandingkan masa dia kecik memang berbeza, masa kecik tembam sangat bulat je mukanya. Dah besar ni dia dah aktif dan dah dapat kaki pulak, berjalan saje turun naik turun naik tangga dan ke hulu ke hilir. Ada saja yang dia nak buat main tak kiralah periuk, mangkuk, selipar, penyapu dll lah. Mainan yang khas untuk dia, dia tak nak main.

Bagusnya dia dah aktif ni, tidur malam dia tak berjaga sampailah pagi. So, mamanya taklah bangun buat susu selalu sebab dia dah keletihan bermain siang hari. Kadang2 tu sampai sya hantar umah tok maknya dia masih tak bangun2, letih betul. Senang mamanya nak bersiap dan berkemas. Kalau dia sadar payah, tak boleh buat keje kita dibuatnya asyik nak berdokong saje.. ada satu hari tu sampaikan mamanya bersolek sambil mendokongnya. Kalau tak, bila nak siap, nanti lambat pergi kerja nak hantar dia ke rumah tok mak lagi, nak kejar punch card lagi. Errmmm......aptb anak mama ni.

Syok je menaip dah lari dari tajuk pulak citenya ye. Kita sambung balik tujuan asalnya. My baby suka sangat makan jemput2 pisang. Manis agaknya. Bukan shaja jemput2 pisang, jemput2 lain pun dia nakan. Ada dalam 5 biji jugak kadang2 dari secubit2 beri dia. Kalau dia suka makan dia akan datang pada sya tanpa sya panggilnya. Kalau tak suka, sya panggil dia buat tak tahu jerk....ish! Geram betul kadang2. Tahu dengan gula merah tu pun dia suka makan. Mertabak maggi pun ada sekali sya beri, sya bawak balik baki makanan mesyuarat tempat kerja. Dia suka makan sampai habis sepotong. Suka sangat tengok bila my baby dah boleh makan menu keluarga. Tahap kebimbangan dan kerisauan dah kurang lh. Susu tak mengenyangkan untuk usianya sekarang. Di usianya sekarang memang dia perlu makan, susu tetap minum.

Setakat ini sya beri lobak, kobis dia makan. Tapi brokoli kurang gemar sikit. Kalau lobak, dia makan gitu je kalau sya masak sup. Sedap agaknya pada tekaknya. Baguslah sayang boleh cerahkan mata. Dapat dielak dri penyakit rabun. Mama harap anak mama lepas ni tak memilih makan ye sayang. Mama gembira lihat anak mama dah pandai makan dan semakin bijak. I love u so much!.

Kawan2 di luar sana, anda kenalah berbanyak bersabar apabila melayan karenah baby ni. Ragam mereka setiap baby tak sama. Masing2 ada perangai masing2 dan berbeza. Banyakkan istiqfar agar tahap kemarahan tidak melampaui batasnya.

 Good luck mama, mummy, ibu, emak, ummi dalam mendidik anak! Semoga anak kita nenjadi anak yang soleh dan solehah serta baik, dengar kata ibu bapa, dunia dan akhirat....amin.

silalah comment post ini...

4 comments:

Asha Hida said...

khalis dah kurus ye..

Anonymous said...

khalis dah kurus ye..

Asha Hida said...

khalis dah kurus ye..raisya pun same x mau mkn

reena said...

haah..skrang, makan dah macam2 tapi tak banyak lah..