Tuesday, April 9, 2013

Tahap Kesabaran

Tanpa dijangka dan diduga, terjadi tragedi daripada guruan ke tahap pertelingkahan. Saya tidak ada niat yang tersirat dan tersurat pun untuk melawan kata atau pun kurang hajar tapi keadaan yang membuatkan tahap kemaharan saya kemuncak dan hilang sabar.

Saya tahu lah dia tu sapa (bukanlah bos pun...)  , tapi yang takleh tahan dengan  tahap sikapnya kadang2 melebihi seorang bos.  Bos pun tak macam tu, boleh lebih kurang lagi dan tolong-menolong. Takda pun asyik ungkit "saya bos awak dan penilai SKT awak" boleh lagi cakap baik2, takda pun melenting tak tentu pasal. Saya tahulah saya ni hanya kerani, takda kuasa macam dia boleh menilai, tapi takyahlah asyik ungkit benda itu je bila tiap kali telinga panas. Baik2 orang stady je...jadi panas jugak dibuatnya!. Boleh Hilang rasa hormat dan jadi menyampah.

Dia gurau kasar dengan orang lain boleh tapi orang lain bila tergurau kasar sikit dia dah melenting dan mulalah berhempas barang menunjuk perasaan. Mulalah menggunakan kuasanya untuk membandingkan dirinya lebih pangkat daripada orang bawahnya. Bila dia terasa tercabar sikit, mulalah mengungkit pasal penilaian SKT sapa?. Jangan ingat dia seorang sahaja ada tahap kesabaran dan tak sukakan orang, orang pun tak suka jugak dengan perangai dia yang semakin hari semakin nmpak 837@&@%. "Bak pepatah kata seorng bos, "KAU TAK SUKA AKU! AKU PUN TAK SUKA ENGKAU!"?. Kita bila diberi darjat dan pangkat sikit, dah lupa, sombong, bongkak, takbur dan megah diri. Syukur al-hamdulillah dengan apa yang saya ada sekarang, sekurang2nya mengelakkan dari menjadi seorang yang lupa diri dan takbur dengn pangkat dan darjat yang diberi hanya sementara.

Sapa suka kan pertelingkahan dan pergaduhan?, takda sapa kecuali memang ada niat nk cari gaduh. Kadang2 tu diluar kawalan dan terpaksa bersikap sedemian. 

 Kalau nak orang hormat kita, kita juga perlu hormat orang, tak kiralah dia lebih rendah pangkatnya sekali pun. Barulah orang senang berkomunikasi dengan kita dan berkawan dengan kita serta ikhlas berkawan dengan kita.

Selepas ini takdalah lagi gurau2 atau ketawa2. Tak boleh gurau dan cepat terasa, lepas ni hanya serius je.  Jumpa bila ada hal kerja je dan keperluan je. Cakap lebih sikit nanti kata "lawan pegawai" pulak. Dia salah ke, marah ke, apa ke...diamkan aje. Malas nak layan orang yang ada angin pus2 ni.


Entahlah sebenarnya saya dah tak tahan duduk lama2 di kerusi saya sekarang, terasa semakin panas dan tak sabar nak cuba merasa pengalaman di tempat lain pulak. Ragam manusia memang pelbagai cara tapi, itulah pengalaman pahit dan manis..Jauh beza dengan situasi kerja di tempat lama. Bos, pegawai dah macam keluarga takda pun bergaduh2, makan hati dan sebut2 kuasa. Entahlah mungkin dah sampai giliran , terima jelah dengan redha....mungkin ada hikmah disebaliknya!.

GUNALAH KUASA BILA PERLU DAN SEWAJARNYA, BUKAN ACAP KALI DI
BANDING2KAN DENGAN ORNG YANG TIADA KUASA!

KUASA YANG DIBERI ADALAH AMANAH DARIPADA ALLAH!

GUNALAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN!

Orang bawahan ada juga hati dan perasaan dan perlu dijaga. 


Wednesday, April 3, 2013

7 Tips memilih baju untuk bayi baru lahir

Adakah anda akan menimang cahaya mata tidak berapa lagi? Kalau ya, pastinya anda teruja menantikan kehadiran si comel, dan tentunya sedang membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya. Berikut adalah 7 tips yang ingin kami kongsikan ketika memilih baju si kecil.

1. Pilihlah baju yang diperbuat dari kain kapas ( cotton ), ini kerana kain ini lembut, menyerap peluh, nipis dan selesa untuk bayi. Kain cotton juga tahan lasak dan senang dicuci.
...
2. Pilihlah potongan seperti romper ( bodysuit) atau jumper kerana ia mempunyai bukaan di bahagian bawah yang memudahkan penukaran lampin dan tidak mengekang pergerakan bayi. Ibu - ibu juga tak perlu membasuh banyak baju, kerana ia berbentuk " one suit".

3. Pastikan baju bayi tidak banyak hiasan seperti manik, butang atau tali tali yang terbujur. Ini bagi mengelakkan bayi tercekik butang atau terikat dengan tali pada baju.

4. Belilah sekurang- kurangnya 5-7 helai baju saiz newborn ( saiz 12) , walaupun mereka akan membesar dengan cepat, anda masih perlukan banyak baju pada minggu- minggu pertama, kerana bayi kerap muak, muntah dan membuang air. Tetapi jika bayi dijangka besar, 3.5-4 kg misalnya, pilihlah saiz 14, atau saiz 3 bulan ke atas.

5. Penggunaan barut/ bedung digalakkan kerana bayi kecil sukakan perasaan dikendong dan menjadikan tidur lebih nyenyak. Namun jika kelihatan bayi tidak selesa ketika cuaca panas atau ketika demam, tanggalkan barut dan bedung bayi.

6.Anda digalakkan membasuh dahulu pakaian baru atau pakaian yang pernah diguna oleh anak terdahulu sebelum memakaikannya pada bayi.

7. Jangan lupa membeli sarung tangan dan kaki untuk bayi anda! Pastikan "cuff" sarung kaki dan tangan sesuai dengan bayi- tidak terlalu longgar hingga mudah tanggal dan tidak terlalu ketat hingga meninggalkan bekas pada tangan si kecil.

Selamat membeli belah !
silalah comment post ini...

Bila Si Manja Pandai Bercakap





Kanak-kanak biasanya berlajar melalui pengalaman yg diperolehinya setiap hari melalui persekitaran di sekelilingnya. Malah anak ini akan meniru kata-kata yg didengari tanpa mengira ianya positif atau negatif. Biasanya anak yang baru boleh bercakap akan bersikap begini. Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yang baru dikuasai membuatkan anak kecil ini sentiasa mencuba bercakap dan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindakbalas daripada ibu bapa.

Terdapat beberapa panduan mudah untuk memastikan anak ini bercakap dgn cara yang betul dan berhemah:
...
1. Biarkan mereka bercakap - Jika anda melarang ia akan membuatkan anak ini hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya. Biarkan sahaja si kecil meniru percakapan anda kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.

2. Mencari kata-kata baru - Sebagai ibu bapa anda adalah orang yang paling rapat dengan anak anda. Jadi ungkaplah perkataan baru yang boleh anak anda tiru untuk menambahkan perbendaharaan katanya. Banyakkan berbual dengan anak-anak anda.

3. Sebutan yang jelas dan perlahan - Anda perlu berbicara dengannya dengan perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan dan sebutan disebut dengan betul.

4.Penjelasan makna - Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik, jangan terus memarahinya. Jelaskan kepadanya bahawa kata-kata itu tidak baik. Anda perlu menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan dengan perkataan yang sopan.

5.Awasi kata-kata - Pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mula meniru dan anda jangan terkejut jika si kecil mengcapkan kata-kata yang tidak baik kepada anda. Sentiasa mengamalkan panduan yang keempat di atas.

6.Berikan penghargaan - Jika si kecil meniru perkataan yang baik, sentiasa berikan tindakbalas positif seperti memberikan pujian, pelukan dan senyuman kepadanya sebagai tanda anda menyukai sikapnya itu. Ini memberikan dorongan kepada mereka untuk terus bersikap begitu.
silalah comment post ini...

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

... Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.


Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

DIBAWAKAN OLEH:

Baby Idaman Shop

 
 
 
silalah comment post ini...

Mengatasi Bayi Demam

Sedikit sebanyak info yang saya dapat dan baca nak dikongsikan dengan anda. Mungkin info ini berguna untuk anda yang memiliki bayi khususnya.

Apabila bayi demam, ibu/bapa/penjaga perlu tahu apa yang perlu dibuat ke atas bayi tersebut. Di sini akan saya share bagaimana mengatasi bayi demam iaitu dengan cara:

"MENYEJUKKAN BADAN BAYI YANG DEMAM"

Anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca dan jangkitan kuman. Ketahui teknik untuk meredakan suhu badan anak yang demam. Teknik ini dapat membantu anda dengan menyediakan langkah demi langkah menyejukkan badan bayi.

Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering dihidapi oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 370c. Suhu badannya yang melebihi 370c menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 370c adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 400c, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau sawan kepada bayi anda.

... Tindakan Anda:
* Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol.
* Galakkan anak anda minum air yang banyak
* Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam

Ubat Demam

Beri ubat demam mengikut dos pada label yg disarankan doktor dan secara konsisten supaya suhu badannya berkurangan. Ini untuk mengelakkan suhu daripada meningkat kepada 400c yang boleh mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Ubat demam yang diberi melalui dubur boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 400c. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Termometer digalakkan sentiasa berada di dalam simpanan anda.

Mesti Tahu

Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot), basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya. Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 400c, bayi akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada). Segara ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ini pernah berlaku pada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun ia sudah berusia enam tahun. Situasi ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan kecacatan otak dan jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut. Waspadalah jika anak demam!

DIBAWAKAN OLEH:

Baby Idaman Shop


silalah comment post ini...