Wednesday, April 3, 2013

Bila Si Manja Pandai Bercakap





Kanak-kanak biasanya berlajar melalui pengalaman yg diperolehinya setiap hari melalui persekitaran di sekelilingnya. Malah anak ini akan meniru kata-kata yg didengari tanpa mengira ianya positif atau negatif. Biasanya anak yang baru boleh bercakap akan bersikap begini. Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yang baru dikuasai membuatkan anak kecil ini sentiasa mencuba bercakap dan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindakbalas daripada ibu bapa.

Terdapat beberapa panduan mudah untuk memastikan anak ini bercakap dgn cara yang betul dan berhemah:
...
1. Biarkan mereka bercakap - Jika anda melarang ia akan membuatkan anak ini hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya. Biarkan sahaja si kecil meniru percakapan anda kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.

2. Mencari kata-kata baru - Sebagai ibu bapa anda adalah orang yang paling rapat dengan anak anda. Jadi ungkaplah perkataan baru yang boleh anak anda tiru untuk menambahkan perbendaharaan katanya. Banyakkan berbual dengan anak-anak anda.

3. Sebutan yang jelas dan perlahan - Anda perlu berbicara dengannya dengan perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan dan sebutan disebut dengan betul.

4.Penjelasan makna - Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik, jangan terus memarahinya. Jelaskan kepadanya bahawa kata-kata itu tidak baik. Anda perlu menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan dengan perkataan yang sopan.

5.Awasi kata-kata - Pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mula meniru dan anda jangan terkejut jika si kecil mengcapkan kata-kata yang tidak baik kepada anda. Sentiasa mengamalkan panduan yang keempat di atas.

6.Berikan penghargaan - Jika si kecil meniru perkataan yang baik, sentiasa berikan tindakbalas positif seperti memberikan pujian, pelukan dan senyuman kepadanya sebagai tanda anda menyukai sikapnya itu. Ini memberikan dorongan kepada mereka untuk terus bersikap begitu.
silalah comment post ini...

No comments: