Sudah berapa minggu di opis aku tak leh bukak muka buku (FB). Sekarang dah boleh tapi di komputer aku nie hampeh muka bukunya semanjang bukan macam biasa. Mood mula-mula tue dah berkobar-kobar nak bukak dan baca apa isinya tapi bila bukak dah jadi macam tue terus hilang mood. Itu yang selalu update entry blog.
Bila tengok rakan lain boleh bukak ada jugak rasa cemburu tapi apa boleh buat di pc sendiri dah tak leh. Kalau nak baca, bukak kat rumah aje lah....itu pun kalau rajin nak bukak. Sebenarnya aku nie taklah terlalu obses sangat dengan FB nie, just nak baca je komen-komen diaorang dan apa yang diaorang up to date. Kadang-kadang aku rasa FB nie macam membosankan pulak kalau ngadap lama-lama. Agaknya mungkin tujuan aku tak sama macam tujuan orang lain. Errrmm.....betullah agaknya.
Bagi orang terlalu obses sangat dengan FB nie, pastikan anda buat perkara yang memberi faedah pada anda bukan sia-sia. Daripada anda berteleku depan komputer berjam-jam tapi sekadar berchating sahaja, aku rasa sangat merugikan diri sendiri kecualilah anda berniaga secara online. Ini kerana akan banyak masa yang akan anda buang begitu sahaja dan masa tidak akan boleh berpatah balik. Bahagilah masa dengan bijak untuk perkara-perkara sedemikian. Jadikanlah muka buku sebagai laman yang memberi faedah dan menguntungkan kepada anda bukan kerugian.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment