ADAKAH BABY ANDA TERMAKAN NAJIS DALAM KANDUNGAN?
Disini ada sedikit info yang boleh aku kongsikan tentang Meconium Aspiration Syndrome. Info ini amat perlu kepada wanita yang sedang hamil kerana boleh mengambil tindakan berjaga-jaga semasa kehamilan. Manakala wanita yang telah bersalin untuk mengetahui bagaimana ianya boleh berlaku. Demi Baby, anda perlulah membaca info ini sehingga habis ye.
Apakah Mecanium Aspiration Syndrome?
Apabila kehamilan melangkaui tarikh jangkaan bersalin, bayi yang dikandung berisiko tinggi untuk mengalami meconium aspiration syndrome atau lebih dikenali sebagai MAS
Adakah anda tahu apa itu Meconium?
Meconium adalah najis pertama kali bayi keluarkan. Inilah bentuk bahan buangan bayi selama 9 bulan di dalam kandungan sehingga beberapa hari kelahirannya. Ia mengandungi sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. bahan buangan ini bewarna hijau gelap, hampir kehitaman ataupun hitam, pekat dan melekit. Ia sama sekali tidak berbau.
5% - 20% bayi yang lahir lewat berisiko mengalami MAS
Ketahui tentang Mecanium Aspiration Syndrome
- bayi yang dilahirkan lebih tempoh normal kehamilan (38-40 minggu) amat berisiko tinggi untuk mengalami MAS yang boleh dianggap membahayakan.
- Sejenis gangguan serius terhadap sistem pernafasan bayi baru lahir
- Keadaan ini boleh terjadi sebelum atau semasa proses bersalin berlangsung
- Proses bersalin memakan masa yang terlalu lama iaitu melebihi 12 jam
- Menyebabkan bayi mudah mengalami tekanan (stres)
- Keadaan stres turut menyebabkan bayi menghirup dengan kuat air ketuban yang mengandungi mekonium sehingga masuk ke dalam paru-paru yang akhirnya menyebabkan pembengkakan (pneumonitis), menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan dan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas
- bayi terlalu besar dan tidak berupaya melalui servik ibu dalam proses kelahiran normal
- Berhadapan dengan masalah servik kecil
- Bayi mengalami masalah kekurangan oksigen sepanjang kehamilan akibat daripada sikap anda yang gemar mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengekalkan tabiat merokok sepanjang kehamilan
Meningal dunia
- Komplikasi sewaktu kelahiran adalah lebih tinggi untuk menimpa bayi berbanding ibu
- Bayi boleh meninggal di dalam kandungan sebaik sahaja dilahirkan atau pun beberapa jam selepas dilahirkan
- lakukanlah pemeriksaan antenatal secara teratur
- sentiasa memantau peningkatan berat badan agar sesuai dengan perkembangan usia kehamilan
- mengambil makanan yang sihat dan seimbang
- tidak melakukan kerja berat berlebihan
- mendapatkan rehat mencukup
- tidak merokok mahupun mengambil minuman keras
Sukar dibendung
- MAS sememangnya sukar diatasi, tetapi anda masih berupaya untuk mengurangkan risiko jika berjaya melahirkan bayi sebelum usia kandungan 42 minggu.
- Rawatan yang biasa diberikan oleh doktor ialah amnioinfusion iaitu kaedah mencairkan mekanium yang mencemari air ketuban dengan dimasukkan tiub ke dalam rahim menerusi faraj untuk melengkapkan prosedur.
- Kebanyakkan pakar tidak gemar menggunakan kaedah amnioinfusion kerana dikhuatiri boleh memburukkan lagi keadaan. Pakar pediatrik menggunakan cara menyedut hidung dan tekak bayi yang baru dilahirkan untuk membantunya bernafas dengan lancar dan hidup.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment