Tuesday, July 3, 2012

Jaundis

Penyakit Jaundis adalah penyakit yg memang tidak dapat dielakkan. Penyakit ini hanya dihidapi oleh baby yang baru lahir sahaja. Ahmad Khalis juga salah seorang baby yg  kena penyakit ini. Dia ditahan di hospital 5 hari dari start hari dia dilahirkan, kesian anak mama...... selama 5 hari tu jugaklah merunsingkan hatiku. Ada satu hari tue dia kena duduk bawah 2 lampu. Masa tue hatiku sayu sangat tengok dia sampaikan aku tak dapat nak menahan air mata dan aku menangis. Aku tak sanggup tengok keadaannya masa tu. Masa tu bacaan kuningnya 15.

Hati ni hanya Allah sahaja yg tahu. Selama 5 hari tu jugak aku tak dapat menyusukan anak ku krn susu badan langsung tak keluar walaupun aku dah cuba urut sendiri dan tuam dgn air suam. Apabila baby kena duduk bawah lampu, ibu tak diberi pegang baby lama2. Masa tu hati ni sayu sangat dan cemburu tenkgok ibu2 yg lain boleh pegang dan belai anak lama2, terutamanya dapat beri susu badan sepenuhnya. Aku pulak terbatas untuk melakukan itu semua...
PP

No comments: