Tuesday, April 3, 2012

Lawak Ke, Der???

Selepas Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak ke-6 dan sekarang dah ada siaran khas untuk "Lawak Ke, Der?". Aku pasti yang tengok lawak ke der pasti tak kering gusi kn! kn! kn!. Lawak diaorang memang lawak gilers lah....lebih lawak daripada Maharaja Lawak Mega. Aku rasa pasti ada yang sampai terkencing-kencing dan menangis tengok lawak ke der nie.



Kat rumah aku memang takde siaran nie tapi, kawan aku ada download. So, apa lagi copy and paste lah. Sebelum nie cuma dengar cite je dari kawan-kawan. Teringin jugak nak tengok betul ke lawak gilers?, bila aku tengok memang lawaks sampai sakit perut dan merah muka dibuatnya.

Memang berbaloi sapa yang g tengok masa di istana budaya. Tak rugi bayar tiket. Tak sangka kn mereka lebih popular daripada artis-artis komedi yang sedia ada. Berkat usaha mereka membuat persembahan yang terbaik dan hasilnya lumayan.

Tahniah lh buat artis-artis Malaysia kerana telah menghiburkan rakyat Malaysia dengan idea-idea lawak korang. Aku pasti bukannya senang nak buat lawak depan orang ramai lagi-lagi lawak spontan. Cakap memang senang, tapi nak buat belum tentu menjadi der...Semoga mereka menjadi pelawak yang digemari dan dihormati.


silalah comment post ini...

No comments: