Aku pun tak tahu kenapa aku perlu menyemakkan cite pasal mamat nie dalam entry aku. Bukannya apa aku nak kesah dia dijadikan sebagai sempadan jangan diikut sikap -ve nya. Mamat nie suka sangat menggunakan alasan@jawapan yang sama bila setiap kali dia cuti atau mc iaitu "saya dah sms, tp tak send pulak" lebih kurang begitulah bunyinya.... eeerrrmmmm.....aptb.
Alasan seperti biasa dia berikan bila dia cuti hari ini. Itu pun kami yang sms dia pada t/hari tadi. Pada mulanya memang kami langsung tak nak sms atau telefon dia tapi hati kami nie masih lembut lagi, kami sms dia.
Kami diberitahu olehnya sekarang emaknya di masukkan ke wad HKT dan dia cuti sebab jaga emaknya di HKT. Kalau betul, apa salahnya bagitahulah awal-awal pagi sms bos yang cuti ke mc ke apa ke. Sms paling mahal pun 0.20 sen je. Ini langsung tak sms tak tel. Nak dikatakan tak pernah beritahu dah beritahu berkali-kali dalam bahasa melayu lagi tak kan tak faham-faham jugak.
Kalau sebelum nie alasan yang selalu dia guna "emak saya sakit" dan kami nie percaya and tak percaya lah. Kami sukar nak percayakan dia walaupun 50%. Inilah dia bila sudah biasa menipu orang so, bila terjadi perkara sebenar orang lain sukar untuk mempercayinya. Kalau boleh janganlah mendoakan perkara yang tak baik untuk ibu kita sedangkan ibu kita sihat walafiat. Kata-kata yang keluar dari mulut ibarat doa.
Kesimpulannya, janganlah jadi "PEMBOHONG" kerana diri sendiri yang akan menyesal nanti, memang pada mulanya kita happy dan terselamat dengan cite-cite pembohongan kita tapi akhirnya bila berlaku yang sebenar tiada siapa lagi yang akan percayakan kita. Bila kita "JUJUR" tak bererti kita lurus bendul. Jujur nie tak sama dengan lurus bendul ok!. So, renung-renungkan lah ye kawan-kawan....sma2lah kita memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment