Hari nie usia kandunganku 27 minggu 3 hari. Sekarang perubahan fizikalku telah terserlah dimana muka, badan hinggalah ke kaki. Muka dah semakin comel, badan dah semakin sihat dan kaki pun dah comel. Hahahahahaha.......apa pun tak boleh. Aku rasa 10hb April 2012 nie aku g check di klinik beratku naik lagi, aku rasa cecah 60kg kot. MasyaAllah mengerikan pulak.
Bukannya apa, aku bimbang lepas bersalin nanti aku dah tak dapat berat badan aku seperti sebelum ini 43kg atau paling tidak pun 45kg. Ya Allah mintak-mintaklah aku boleh dapat berat badanku 45kg semula.
Oleh kerana jari-jemari ku yang runcing nie dah tembam-tembam, cincin-cincin dah ku buka semuanya. Lagi pun rakan-rakanku ada bagitaw jugak kalau boleh barang kemas bukak lah buat sementara. Dah lepas bersalin nak pakai, pakailah.
Perubahan fizikal ku nie ketara bila aku dah masuk 6 bulan. Sikit-sikit berubah. Sekarang tak boleh beli baju raya dah siap sebabnya tak tahu lagi keadaan fizikalku. Aku rasa saiz baju xs dah bertukar m kot, harap-haraplah tak lebih dari saiz m. Pasti BOLEH!
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment