Monday, March 26, 2012

Cameron Highland

Hari nie aku baru balik dari bercuti bersama suami tersayang dan keluarganya. Pilihan percutian kami adalah di Cameron Highland (CH). Sebenarnya percutian nie tak dirancang pun last-last minit punya program. Alhamdulillah percutian kami menyeronokkan dan selamat pergi serta selamat pulang.

Singgah minum tea strawberry. Sedapppppp!!!!!!!

Pemandangannya memang cantik dan indah

Kami bermalam di CH hanya 1 malam je. Hotel kami di Brincang dimana di tempat paling atas sekali. Kami sewa apartment. Nama apartmentnya Haneymoon Villa. Apartmentnya boleh tahan ada tiga bilik dan setiap bilik ada bilik air. Bukan itu sahaja tau siap ada ruang tamu yang luas dan lengkap dengan sofa serta tv nipis dan ada astro. Manakala ruang dapurnya juga tak kurang besarnya siap ada kelengkapan masakan dan minuman serta peti ais. Boleh dikatakan macam 1 rumah yang lengkaplah. Masuk cuci kaki je cuma perlu bawa pakaian, peralatan mandian dan masakan. Haaaa.....kengkawan di luar sana, sekiranya anda teringin bercuti di CH, pergilah. Harganya pun berpatutan.


Nie apartmentnya. cantikkan warnanya, purple lagi...


MasyaAllah punyalah sejuk cuacanya. Nak pijak mar-mar pun sejuk macam ais. Haaa....nie baru CH belum pergi GH (Genting Highland) lagi. Kalau GH entah macam mana agaknya. Pergi CH nie bukan sekali tapi dah banyak kali cuma kali ini adalah kali pertama kami bermalam. Sebelum nie pergi balik hari je, pergi pagi balik petang.

Dekat CH nie tak banyak tempat yang boleh dilawati. Tempat yang kami pergi adalah di taman strawberry dan pasar malam Brincang. Kalau nak beli strawberry murah di pasar malam Brincang nielah. Kalau beli di kedai taman strawberry dan kedai-kedai biasa, mahal. Mahal sesangat tue tak lah. Tapi berbezalah. Misalnya di pasar malam dapat 2 kotak strawberry RM10 tetapi di kedai biasa 1 kotak strawberry RM10. Korang rasa mana pilihan korang???? mesti 2 RM10 kn!kn!

Pasar malam Brincang

Taman Strawberry

Semasa perjalanan pulang pulak kami sempat lagi singgah di Lata Iskandar (LI). Di LI nie ada air terjun. Masuk percuma dan mandi percuma. Ermmmm....memang best dan seronok. Tapi aku tak mandilah. paham-paham aje ler...ibu mengandung, hanya boleh main-main air je. Lagi pun lecehlah nak salin baju. Yang mandi hanya suami-suami kami aje iaitu suami aku, suami asha dan suami fatin serta anak sedara kami. Kemain suka diaorang mandi. Aku geram je tengok diaorang mandi.


Air Terjun Lata Iskandar

Oklah kengkawan disini sahaja cite tentang percutian aku. nak taip panjang-panjang nnti jadi macam karangan sekolah pulak dan korang pun bosan nak baca sampai habis. So, seeu next entry ok. Bye!!!!

silalah comment post ini...

No comments: