Lumrah kehidupan bila dah berkahwin dan baru berkahwin pasti soalan pertama yang akan disoal adalah "Dah ada?", bila dah ada kne soal lagi "Bila nak tambah?". memang beginilah soalan-soalan yang selalu akan dituju kepada pasangan yang baru berkahwin. Memang tak leh nak dielak...Bagi pasangan yang memang merancang mungkin tidak ada merasa sangat tapi bagi pasangan yang memang berharap dan menunggu tapi tak tahu bila pasti akan merasa sayu bila orang bertanya. Soalan yang sensitif padanya.
Aku adalah salah seorang dalam senarai menunggu. Pada mula-mula tue ada lh jugak rasa badan nie tak sedap. tanda-tanda tue ada lah sikit-sikit macam orang kata tapi mungkin bukan rezeki aku kot...Sampaikan aku beli test Pragnan tue tapi keputusannya mengecewakan...
Semalam 26hb Mei 2011 genap usia perkahwinan ku yang ke 6 bulan. Ramai orang cakap "masih awal lagi"..."usaha lagi"..."insyaallah ada rezeki"... Sejuk sikit bila dengar orang sekeliling memberi harapan. Tapi ada jugak yang kata "lambat no".."ko rancang ke?".."Bilalah ko nak mengandung"... So, jawapan paling rengkas, belum ada rezeki...
So, sekarang aku dan suami hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja, biar lh Allah sahaja yang menentukan rezeki kami timang anak bila....tapi aku jugak mengharapkan kalian mendoakan lh untuk aku agar aku mendapat anak dengan cepat, soleh dan soleheh serta sepertimana Allah memperelokkan kejadiannya maka eloklh akhlaknya...aminnn...
TQ U ALL...
No comments:
Post a Comment