Friday, May 27, 2011

Tahniah! Tahniah!

Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pekerja-pekerja yang mendapat anugerah APC. Anda semua memang terbaik dan layak mendapat anugerah. Kalau anda tak buat kerja tak kan bos/penyelia anda menilai anda dengan begitu tinggi sekali betul tak?. So, teruskan usaha anda dan petingkatkan lagi prestasi serta jauhi kontroversi. Dah macam dalam MELODI pulak ye...hehehe...

Hari nie 27 Mei 2011 adalah majlis rasminya. Penyampai sijil APC adalah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Majlis diadakan di Lotus Desaru Beach Resort.

Pekerja cemerlang 2011


ratu cantik dijemput khas utk majlis

ini lh Timbalan Menteri KKLW

Ini pula suku daripada yang hadir

Tiap-tiap tahun jabatan aku akan mengadakan majlis seperti ini kecuali tempat dan masa sahaja yang berbeza. Kebiasaannya memang kami akan mengadakan di hotel. Ini lah masanya pekerja-pekerja bawahan nie dapat makan kat hotel dan sedap-sedap selain pergi kursus.

Majlis nie diadakan sempena menghargai jasa dan pengorbanan mereka terhadap majikannya. Dengan pemberian anugerah lh dapat meningkatkan lagi semangat untuk bekerja dengan lebih baik dan cemerlang agar misi dan visi jabatan tercapai. Sama-sama merasai dan berkongsi kegembiraan bersama. Selain itu mengiratkan lagi siratulrahim diantara pihak atasan dan bawahan.

Walau pun kerja dibawah satu bumbung tapi tidak selalu berjumpa. Dengan adanya majlis sedemikian dapatlah semuanya berkumpul dan bersua. Semoga tahun hadapan adalah harapan dapat APC tak pun dapat PB pun ok.....aminn...Insyaallah...

No comments: