Wednesday, December 21, 2011

Johor Premium Outlets

Selama 2 hari aku telah diberi tugas untuk cek aset. Nasib baik kondisi badan aku baik minggu ini cuma. Segala tugas dapat disiapkan. Sebelum ini aku tak pernah pun dilantik sebagai ahli cek aset. Tiba-tiba selepas seminggu aku MC, ada memo atas meja aku. Ini adalah kali pertama aku dilantik sebagai ahli cek aset nie....

Mula-mula dapat kertas daftar aset, kepala pening jugak sebab tak tahu macam mana nak cek aset, tapi kami buat secara berkumpulan dan diantara ahli kumpulan ada orang lama so, akhirnya aku pun dapatlah cek aset dengan jayanya...


Kami pergi dari jam 8pg hingga 6.30 petang. Lokasinya bukan di ibu pejabat tapi pejabat cawangan. Walau pun badan rasa letih tapi kerja dapat disiapkan, lega rasenya... Selama 2 hari berturut-turut kami cek aset di pejabat cawangan yang berlainan.

Semasa hari ke-2, selepas selesai cek aset. Kami semua telah mendapat kata sepakat untuk pergi ke tempat yang orang dok asyik kata-kata je...dalam FB pun ada. tue yang rasanya macam teringin jugak nak g tengok. Dengar macam best je tempatnya.




Bila kami sampai je di tempat yang orang dok kata tue (Johor Premium outlets (JPO)) memang tak dapat dinafikan memang cantik rasa macam di l0nd0n gitue...barang-barangnya semua brand2ed. Orang yang kaya raya je mampu membeli barang kat situ. Tapi orang macam aku nie ada jugak barang yang mampu dibeli tapi tak lah berselirat beg di tangan semasa pulang...hehehehe...




Datang untuk cuci mata dan merasai suasana seperti di luar negara, datang lah di JPO. Jangan risau ada juga baju berharga RM30 dan berjenama..sesiapa yang pergi tue jalan lah puas-puas. Masuk je semua kedai, tak beli pun takpe tuan kedai tak marah pun...lain lah kalau ada penjaga pintu dan bertanya adakah anda mampu untuk membelinya, kalau tak anda tak dibenarkan  masuk! ada pernah berlaku ke? takde kn....





So, jangan lepas peluang. Selamat bershopping ye kengkawan....

silalah comment post ini...

No comments: