Wednesday, December 28, 2011

Setulus Ingatan

Setulus ingatan buat kakitangan KEJORA yang akan bersara pada 31 Disember 2011 ini. Hari terakhir dia bekerja adalah pada 30 Disember 2011. Kalau tak silap aku, dia pencen umurnya dalam lingkungan 56 atau 58 tahun. Kalau tengok orang memang masih sihat lagi, muka pun taklah nampak tua sangat..mungkin dia ada perancangan sendiri ataumemang dah malas nak keje.

Tak kisah lah tue semua,yang sebenarnya aku nak bagitau pada korang adalah hadiah pemberian daripada KAK. Dah memang satu kemestian dan wajib diberi penghargaan kepada pesara kerana memang ada peruntukan khas untuk mereka. So, bagi pesara kali ini adalah wanita. Hadiah yang dapat difikirkan dalam waktu terdekat adalah......jom saksikan gambar di bawah ye...












Haaa....inilah dia hasilnya. Buat benda alah nie je satu hari.Terutamanya kad yang special tue. Nasib baik ada CT jadi penyelamat keadaan. Master card tengah bercuti pulak masa nak buat hadiah nie so gunalah second card.hahaha.....tq ye kawan-kawan yang secara langsung dan tak langsung yang membantu aku menyiapkan hadiah nie. Hadiah nie akan diberi kepada empunya badan pada 30 Disember 2011 ini. Selamat bersara dan bercuti panjang ye Pn. Ramah Aris.


silalah comment post ini...

Happy Beday Iman Adha!!!!

Happy Birthday to u...
Happy Birthday to u...
Happy Birthday to Iman...
Happy Birthday to u...




Haaa.....inilah dia keknya..amacam kengkawan???.Sekarangkan binatang nie tengah hangat di pasaran. Sampaikan beg sekolah pun ada gambar angry bird. Kek nie aku tak tahu lah pilihan Iman ke Mamy n Dady dia...hehehe..takpalah kn asalkan jangan binatang Ba... sudah ler.

Akhirnya tercapai jugak hasrat mamy n dady dia buat majlis beday Iman. Iman punya seronok bila dady dia nak hidupkan lilin. Belum sempat nak pasang lilin ke dua Iman dah tiup. Hahahaha....Iman..Iman..






Budak biasalah kn..Xcited. Alhamdulillah ramai jugak tetamu yang hadir, sampaikan dah habis majlis potong kek pun ada yang datang lagi...

Bila bab bukak hadiah pulak pun begitu,ceria terpancar diwajah Iman. Bukan sahaja Iman yang xcited, orang lain pun ada yang xcited nak tolong bukakkan hadiah. Kalau korang tak percaya, jom saksikan gambar di bawah...



Haaa....betul tak? kalau korang nak tahu kenapa diaorang tue xcited jugak sebab hadiahnya adalah kereta kontrol. Hadiah nie dari PakcikYos n Makcik Intan iaitu aku dan suamilah...



Manakala hadiah yang lagi satu pun sama jugak, layannn....


Hadiah nie dari dady n mamy Iman...dvd player yang macam laptop. Iman pun apa lagi..suruhlah dady dia bukak cd upin&ipin...sampai nangis-nangis..erm..erm..erm..tak menyabo. Oleh kerana beday dia terpaksalah dituruti jugak..hahaha...

Makcik Intan n PakcikYos doakan Iman akan jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup bila dah besar nanti ye...

silalah comment post ini...

Wednesday, December 21, 2011

Johor Premium Outlets

Selama 2 hari aku telah diberi tugas untuk cek aset. Nasib baik kondisi badan aku baik minggu ini cuma. Segala tugas dapat disiapkan. Sebelum ini aku tak pernah pun dilantik sebagai ahli cek aset. Tiba-tiba selepas seminggu aku MC, ada memo atas meja aku. Ini adalah kali pertama aku dilantik sebagai ahli cek aset nie....

Mula-mula dapat kertas daftar aset, kepala pening jugak sebab tak tahu macam mana nak cek aset, tapi kami buat secara berkumpulan dan diantara ahli kumpulan ada orang lama so, akhirnya aku pun dapatlah cek aset dengan jayanya...


Kami pergi dari jam 8pg hingga 6.30 petang. Lokasinya bukan di ibu pejabat tapi pejabat cawangan. Walau pun badan rasa letih tapi kerja dapat disiapkan, lega rasenya... Selama 2 hari berturut-turut kami cek aset di pejabat cawangan yang berlainan.

Semasa hari ke-2, selepas selesai cek aset. Kami semua telah mendapat kata sepakat untuk pergi ke tempat yang orang dok asyik kata-kata je...dalam FB pun ada. tue yang rasanya macam teringin jugak nak g tengok. Dengar macam best je tempatnya.




Bila kami sampai je di tempat yang orang dok kata tue (Johor Premium outlets (JPO)) memang tak dapat dinafikan memang cantik rasa macam di l0nd0n gitue...barang-barangnya semua brand2ed. Orang yang kaya raya je mampu membeli barang kat situ. Tapi orang macam aku nie ada jugak barang yang mampu dibeli tapi tak lah berselirat beg di tangan semasa pulang...hehehehe...




Datang untuk cuci mata dan merasai suasana seperti di luar negara, datang lah di JPO. Jangan risau ada juga baju berharga RM30 dan berjenama..sesiapa yang pergi tue jalan lah puas-puas. Masuk je semua kedai, tak beli pun takpe tuan kedai tak marah pun...lain lah kalau ada penjaga pintu dan bertanya adakah anda mampu untuk membelinya, kalau tak anda tak dibenarkan  masuk! ada pernah berlaku ke? takde kn....





So, jangan lepas peluang. Selamat bershopping ye kengkawan....

silalah comment post ini...

Tuesday, December 13, 2011

Birthday 2011

Tahun 2011 nie kalau tak silap 4 happy birthday disambut antaranya happy birthday nurul anak sedara suami, happy birthday suami dan alia, happy birthday aku dan happy birthday najihah anak sepupu suami.

Biasalah kn setiap kali menyambut HB nie, budak-budak lah yang paling suka dan meriahkan suasana. Budak-budak kan suka makan kek..Jom tengok kek masing-masing....


Happy Birthday Nurul

Happy birthday Suami & Alia

Happy Birthday aku

Happy Birthday Najihah
Budak yang paling suka makan kek adalah budak nie..

Cuba teka antara 3 orang nie yang mana satu budaknya????hehehe...

Macam-macam kek kn..semuanya sedap..kesemuanya aku makan. Aku nie sebenarnya kurang suka makan kek sebabnya aku tak suka krimnya, cukup memuakkan...tapi kek-kek nie krimnya jenis macam ice-cream kurang memuakkan...

Budak semakin membesar tapi aku dan suami semakin.......dewasa...hahaha...kami belum peringkat tua lagi tau! masih di peringkat muda lagi...hehehe..

silalah comment post ini...

Masuk hospital lah pulak...

Seumur hidup nie aku rasa aku masuk hospital masa aku dilahirkan. Selama hampir usiaku 26 tahun aku kena masuk hospital pulak sebab saspek denggi...pada masa yang sama jugak aku tengah mengandung, tue yang bimbang takut ada effect pada baby aku. Tapi alhamdulillah tiada perakra buruk yang berlaku antara aku dan baby...terima kasih Allah kerana selamatkan nyawa aku dan baby aku.

3 hari 2 malam jugak masuk wad. Bukan sahaja masuk hospital, tidur dalam kelambu lagi uuu...memang best tidur dalam kelambu. MC siap pasang ubat nyamuk karen lagi untuk aku tau!!!. Cuma yang bestnya setiap kali aku nak gerak aku kena bawa botol air sekali. Kalau tak silap aku 6 botol, air masuk dalam badan aku nie. Banyak air masuk banyak jugak airnya keluar...hehehe...tapi bagus tau benda tue memulihkan dalaman aku. So aku buanglah air kotor. Tapi penat lah sekejap-sekejap pegi bilik air.

Masa masuk wad jugak lah secara tak langsung aku dapat scan perut aku dan aku dapat gambarnya. Kandunganku masih kecil lagi..tapi aku nampaklah denyutan jantung baby aku tue DR. tunjukkan. Masa aku boleh check out dri hospital sempat lagi aku mintak dengan MC tue gamabr scan. So, adalah kenangannya kn..



Masa nie kandunganku dalam 12 minggu. Aku harap dan berdoa agar aku dan babyku sentiasa dalam keadaan yang sihat, normal dan sempurna sehingga babyku dilahirkan dan juga akan menjadi anak yang soleh solehah hendakNya amin......

Firstime melihat kandungan sendiri...macam tak sabar pulak nak tunggu baby ku membesar dan keluar dengan keadaan yang comel dan sempurna...hehehe...Perasaan nie datang dengan sendirinya...ialah kn dah nak jadi mama...dulu masa bujang takde rase apa-apa pun. Kuasa Tuhan...secara automatik hati dan naluri seorang ibu itu akan dengan sendirinya tersemat pada diri. Ok lah nie je kisah aku masuk hospital..harap-harap lepas nie aku masuk hospital sebab nak bersalin je dan semuanya selamat...

silalah comment post ini...