Friday, November 18, 2011

Happy birthday ibu mertuaku

Hari ini adalah hari lahir ibu mertuaku yang keberapa erk?..tak pasti lah pulak...hehehe...takpe lh yang keberapa yang penting semoga Allah panjangkan umurnya, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah..

Baru je sekejap tadi aku telefon dia untuk wish hapy beday...dia pun boleh kata "hapy beday je?' hahaha....paham2 je lah ye wahai menantu...so, aku pun cakap buat masa nie 'hanya itu sahaja yang mampu' hehehehe.... InsyaAllah jika Allah beri rezeki lebih memang niat ku dan suami nak ajak ibu ku dan ibu mertua makan di bujang boat tapi masih belum kesampaian lagi sebab belum ada masa yang sesuai dengan keadaan kami yang buzy  sekarang..takpe ye wahai ibu-ibu ku nanti kami akan bawa ye...

Intan juga mengharapkan emak mencurahkan kasih sayang kepada intan. Menganggap intan sebagai anak sendiri bukan sahaja sekadar anak menantu. Intan juga berharap intan menjadi anak dan menantu yang solehah dunia dan akhirat..aminn...


silalah comment post ini...

Wednesday, November 16, 2011

Minum Air Gula

Hari ini aku ada temujanji di klinik. Maklumlah dah nak jadi ibu lah katakan.....kena lalui liku-liku ini sehingga lh baby ku dilahirkan kelak. Hari ini aku kena ambek darah dan minum air gula. Sebelum ini kebanyakan orang dok kata, payah nak menghabiskan air gula. Ada juga sampai tak terletan rasenya dan ada juga lepas minum terus termuntah....Tapi, alhamdulillah aku BERJAYA menghabiskannya dengan hanya sekali minum sahaja tapi....hanya dapat bertahan lebih kurang 1 jam lebih, lepas tue dah tak leh tahan dah, terus pergi bilik air muntah. Sampai muntah kuning dibuatnya. Ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu tekak dan perut masa menunggu 2 jam tue.

Bagi ibu-ibu yang pernah mengandung mesti tahu kn lepas minum air gula kena tunggu 2 jam lepas tue kena ambek darah lagi sekali. Dah lah dalam tempoh 2 jam tak leh minum air apa-apa, lepas ambek darah baru boleh minum air...Nasib baik misi tak tanya, ada muntah tak? aku takut jugak kena minum air gula lagi sekali..

Harap-harap hanya sekali ini je kena minum air gula. Tak tahan perut sebabnya kena puasa dri jam 10.00 malam hinggalah pagi esoknya untuk minum air gula. Lemah-lesu badan dibuatnya...Demi untuk mendapatkan zuriat dan kesihatan baby ku, aku kenalah gagahkan diri ini.

Nampak orang lain mengandung macam senang dan syok je....tapi alahan-alahannya yang tak tahan...tak pe demi anak mama seorang nie, mama akan kuatkan semangat ye...anak mama bila keluarkan nanti jadi anak yang soleh/solehah ye....

silalah comment post ini...

Monday, November 14, 2011

Sukan KASWIRA

Semalam ada sukan KASWIRA di Kompleks sukan Air dan udara di Desaru. Errmmmm.......letih rasenya handle sukan tue. kehulur-kehilir aku semalam. Walau dalam keadaan berbadan dua nie, perasaan bimbang memang ada, tapi kena jugak kuatkan semangat untuk uruskannya. Alhamdulillah semuanya berjaya dan berjalan dengan lancar.

Pasukan aku kebanyakkannya kandas di separuh jalan. Ialah bila juara lawan juara dah tentu tercabar dan persaingan sengit, tapi kira ok lah. Bagi peserta KASWIRA yang mewakili JKKM Tanjung Balau, aku ucapkan terima kasih bebanyak kat korang kerana membantu aku untuk menjayakan sukan KASWIRA nie. Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan.

Semoga tahun hadapan kalau ada lagi sukan seperti ini, aku harap orang lain pulak lah yang handle dan tiada masalah.

silalah comment post ini...

Tuesday, November 1, 2011

Biskut Cicah Milo

Perut nie asik lapar je....kol 10.00 pagi tadi dah makan nasi ayam tapi masih lapar lagi..Nasib baik kat opis aku nie ada makanan dan minuman yang memang kami beli. Macam mana dalam entry cik senyum ada menyatakan tentang duit dapur.

Errmmm.....petang-petang makan biskut cicah milo sedapppp!!!!!yum..yum...hilang terus rasa lapar, lagi-lagi airnya panas....kalau kat rumah selalunya dengan air teh o, tapi oleh kerana aku tengah cuba elak minum air teh o so, kena lah minum air lain..


yum..yum...memang sedappp!!!!
Kepala otak yang tengah serabut pun tenang seketika selepas berehat sebentar minum air sambil cicah biskut...errmm....hilang stress seketika...kalau tak caya korang cuba lh....selamat mencuba....



silalah comment post ini...

Majlis kesyukuran dan Doa Selamat

Terima kasih kepada kawan-kawanku di Unit Pengurus Besar dan jemputan kerana sama-sama menjayakan majlis yang ringkas sebentar tadi. Aku minta maaf lah tak dapat nak buat di rumah dan juga di tempat-tempat yang eksklusif. Di rumah, aku tak nak menyusahkan ibu-ibuku memasak. Di tempat eksklusif pula, bajet kurang mencukupi. Tunggu lah aku jadi jutawan ke nanti insyaAllah akan tertunai...hehehe..

Dengan adanya rezeki yang Allah berikan ini aku ingin berkongsi dengan kalian semua. Cik Senyum, Cik Imal's dan Cik Noni, koranglah tempat aku selalu mengadu dan berkongsi suka duka......Semoga persahabatan ini kekal buat selamanya...aminn... 

Ya Allah, terima kasih di atas keizinanMu untuk ku membuat majlis yang kecil jam 10.00 pagi tadi dan aku mohon kepada Mu Ya Allah, merahmatilah kawan-kawan ku semua agar hidup mereka lebih bahagia daripada sebelum ini dan dilimpahi rahmat dan rezeki...amin...

Sekiranya ada kekurangan pada majlis tadi aku mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...Manakala bagi yang tidak dapat join sama atau ada yang terasa aku juga mohon maaf...


silalah comment post ini...

Spagetti

Hiiii........kali ini aku nak cite tentang spagetti. Baru beberapa hari yang lepas kak iparku buat spagetti. Errmmmm.....rasenya boleh tahan. Tapi oleh kerana orang dalam rumah tue semuanya anak mat saleh celop so, tak berapa pandai lah nak makan spagetti. Kesian lh spagetti tue kurang mendapat sambutan...

Ermmm....tak pe ye kak ipar ku, lain kali boleh cuba masak yang lain pulak yang rasenya boleh diterima oleh tekak diaorang tue...hehehe...ok lh, di bawah nie ada gambar bahan-bahan nak buat spagetti tue jom kita layannnn....






Bahan-bahan yang dibelender adalah bawang besar, bawah putih dan lada kering. Spagetti ini adalah campuran spagetti melayu tau sebab ada campuran lada kering bukan menggunakan sos prego semata-semata...so, kawan-kawan di luar sana siapa yang ingin mencuba boleh mencuba ye...yum..yum..yum..sedappp.....


silalah comment post ini...