Bulan September yang lepas boleh dikatakan seminggu aku di Kuala Lumpur (KL). Mula-mula tue pergi majlis hari raya KKLW dan balik semula dan esoknya pergi KUD pula. Hotel pun hotel yang sama seperti pergi majlis hari raya iaitu Hotel Capitol. Hotel Capitol nie di Bukit Bintang boleh dikatakan di tengah-tengah bandar lh... Terima kasih lh company aku kerana mencalon aku untuk kedua-dua majlis tue. Kalau tak sudah tentu entah bila aku dapat datang ke Bukit Bintang tue dan tidor hotel mewah. Sebelum nie cuma dengar-dengar dan tengok gambar je di internet dan media cetak, perginya tak jugak. Sama juga macam plaza Lowyat, Pavillion...sekarang kedua-duanya aku dah pergi dan masuk merayap di plaza tue..
Kalau diberi peluang lagi tak lah jadi orang jakun....hahaha...Putrajaya? pun sama dah pergi dah puas bergambar, dah sembahyang di Masjid Putrajaya, dah lalu jambatan cantik putrajaya....tapi ini semua aktiviti jabatan yang ada buat di sana. Alhamdulillah.....syukur, secara tak langsung 2 in 1.
Lepas nie dapat tak pergi tempat lain pulak? tercalon tak?.....hehehehe...
No comments:
Post a Comment