Thursday, July 14, 2011

3 Sahabat

3 sahabat ini pada mulanya tidak kenal diantara satu sama lain. 3 sahabat ini adalah aku, imal dan noni. Di KEJORA lah tempat pertemuan kami sehingga lh sekarang. Keje pun di tempat sama. Aku di Unit Audit Dalam dan Imal & Noni di Unit Undang-Undang. Unit pulak terletak sebelah-sebelah. Bak pepatah kata orang boleh bertepuk tampar antara satu sama lain. Di kedua-dua unit ini seperti ahli keluarga. Memang rapat diantara bos dan anak buah. Oleh kerana anggotanya tak ramai, bila hari raya tiba akan diadakan marhaban di setiap rumah secara gilir-gilir. Tapi marhaban adalah kisah tahun-tahun yang lepas. Tahun ini tak pasti lagi akan diteruskan atau pun tidak.

Semakin hari kami semakin akrab. Pergi mana-mana kalau boleh nak bertiga, baik pergi kursus, makan, jalan-jalan atau apa pun yang jabatan buat dan unit buat. Tapi kalau kursus nie jarang lh..selalunya aku dan imal je dapat pergi bersama tapi noni terpisah. Kami tak kisah pun sebenarnya dapat pergi bersama-sama ke tidak tapi, kalau dapat pergi bersama-sama lagi suka...sekamcing lh kata kn...

Diantara kami, imal yang pecah rekod berkahwin dahulu, kemudian aku dan noni sampai laaaa tak kahwin-kahwin..mungkin belum sampai jodoh yang secocok ngan dia kot....So, noni bukakan lh pintu hati ko tue...agar ko pun ikut jejak kami. Bukannya apa sebagai kawan, kami nak tengok ko bahagia bukan kesunyian bila dah tua nnti....

Diantara kami ber3, noni yang paling tua dan aku yang paling bungsu. Tak sangka kami boleh jadi rapat sampai sekarang. Selepas 5 tahun nie aku tak pasti lh adakah kami akan rapat seperti sekarang atau pun sebaliknya. Di jabatan aku nie setiap 5 tahun berkhidmat akan ditukarkan ke bahagian lain kecuali bagi jawatan Gred W sahaja. So, selepas 5 tahun nie kami tak tahu di bahagian mana akan kami diletakkan. Adakah kami masih boleh keluar makan bersama? buat marhaban gilir-gilir? pergi kursus bersama? sukan bersama? riadah bersama?. Keadaan sebenarnya akan diketahui pada tahun 2014 atau tahun 2015 kalau dipindahkan lh...

Pada 15 hingga 17 Julai 2011 nie kami akan ke Terengganu untuk mengayuh basikal. Wah! percaya tak percaya lh kami join kelab berbasikal. Pada mula-mulanya imal tak nak join tapi akhir-akhirnya dipujuk-pujuk oleh aku dan noni, terpedaya jugak ikut kami ke terengganu. 2 hari lepas kami dah berlatih mengayuh 1 penawar dan Desaru. Haaaa....semputtt....


main basikal sama-sama
 


  

masuk koir sama-sama

  

Terima kasih krn hadir sama. terima kasih jugak pd cik senyum..


Terima kasin sudi khatam bersama aku...



Aku berharap persahabatan kita kekal buat selama-lamanya...

silalah comment post ini...

6 comments:

reena said...

cik reena: soryy lah yerk kawan-kawanku gambarnya tak sama saiz...aku dah buat large tapi jd kecik jugak...apa2 pun kita memang sempoi...haaaa....semputttt...

imal's said...

hihi.. kita memang kamceng kan. Stat dari masuk keje sampai la skrag. Harap2 kalau dah pindah bahagian pun kita tetap kamceng jugak tau.

NAKAL said...

Btol3... Aku stuju imal kate.. Da sengam g 2.. Pape wat pon kalo bley nk b'3 gak.. Kdg2 je ada Ketua kite join iaitu Cik Senyum... Korg jgn lupe...

MalizaMah said...

Hai...
Tgk entry n klik2... sama2 jana tabung...
Singgah seketika di laman saya dan klik2...
Go go nuffang......
go churp2...

~arissa~ said...

i xde pun, tak termasuk dalam 'sahabat' erk

ermmmmm

cik reena said...

arissa: alamak terlupe pulak! soryy....jgn marah haaa.....ini 3 sahabat sudah lama dikacukan. ko baru je nak dikacuk!hehehe...

Normaliza Mah: hai...nanti kite singgah dan klik2 ea..