Friday, May 6, 2011

Bila...bila...dan bila...???????

Bila? Bila? Bila?

Mesti korang pun tertanya tanya apa yang bila?!

Sebenarnya aku pun tak tahu bila akan aku bergelar ibu...kekadang tue cemburu jugak dengan orang lain yang baru kahwin dan tak berapa bulan dah mengandung...bunting pelamin kata orang....

9 Mei nie semua orang akan ucap selamat hari ibu...semakin menyentuh hati ku....Entah lh, masa belum kahwin takde pun perasaan macam nie...memang lh sebab belum kahwin... tapi bila dah kahwin secara automatik perasaan keinginan anak tue ada...dan perasaan tue bergolak golak dan bermain main di fikiran...Kekadang aku terfikir dan aku takut aku tak dapat memberi zuriat kepada suami ku....aku takut sangat... Aku pasti suami aku ingin anak, sebab dia seorang yang suka budak budak...

Setiap kali aku sembahyang, aku sentiasa berdoa agar aku mengandung dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah...bagi ku anak adalah pelengkap dalam rumah tangga.. harta benda dan kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan dalam rumah tangga.. anak dan suami/isteri yang membahagiaan seseorang itu. Jika kita hidup dunia ini seorang diri, aku rasa tak boleh hidup kalau semata mata bergantung dengan harta benda dan kemewahan sahaja. Hidup tak ada maknanya...

Ya allah aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
dan aku naik saksi Nabi Muhamad itu pesuruh Allah..

Aku sebagai hamba mu yang kerdil ini, hanya berserah dan bertawakal kepada mu sahaja, berkat usaha kami, doa kami, Engkau makbulkan lh doa kami dan perkenankan lh kehendak kami Ya Allah..Amin...

Aku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan entry aku nie...aku tak bermaksud menyakiti hati sesiapa pun tau!...sekadar meluahkan rasa aku sahaja...

No comments: