Tuesday, October 8, 2013

Love U Mr Arrogant

Assalamualaikum dan salam sejeahtera semua...

Sekarang ni tengah hangat drama akasia tv3 yang mengisahkan dari versi novel. Siapa yang mengikuti drama jam 7.00 ptg mesti tahu. Sebelum ni Cinta Jannah, sekarang Love U Mr Arrogant pulak. Boleh tahan jugak cite ni. Bila baca novel hanya dapat membayangkan di alam fantasi sahaja tapi bila tengok lakonan, barulah boleh nampak realnye. Tambahan pula hero dan heroinnya memang best dan meletop, lagi meletop lah cite tu...









Sya pun dah habis baca novel cite Love U Mr Arrogant tu, jalan citenya boleh tahan, best. Walaupun dah baca novelnya, tetap nak tengok jugak di tv sehinggakan dah tahu dah apa akan terjadi lepas tu. hahahaha... pengaruh kuat betul. Sekarang ni kawan sebelah saya pulak yang membaca novel tu.

Siapa kata kalau dah ditayangkan di tv, novel takda orang beli?, sya rasa lagi ramai orang beli novel tu tak kira lah citenya dah habis di tv, pencarian novel tetap di diteruskan. Seperti sebelum ini cite 'Adam dan Hawa', baru beberapa hari lepas sya terjumpa seorang kakak membaca novel Adam dan Hawa. Walaupun cite tu dah basi, orang tetap membaca novelnya. Nampak tak begitu kuat pengaruh novel dan tv ni...

Sinopsis 'Love U Mr Arrogant' ni, 

Jodoh Zaara  Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya Hardy. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham  lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.

Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.Tambah pula,sikap ibu 
mertuanya  Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.

Malam pertama penikahan,dia diuji apabila Irham tidak membenarkannya tidur sekatil.Puan Seri Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri.  Keadaan bertamabah rumit bila Faisal rakan sepejabat Zara  yang psiko sanggup menggunakantipu helah untuk mendapatkan Zara.Hadry juga sukakan Zara,jadi ia menyebabkan Irham jadi cemburu.Puan Seri yang menhidap sakit jantung mahu Irham berkahwin dengan Sherry.Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu. Adakah Irham akan menunaikan hajat ibunya atau kekal bersama isteri yang dicintainya.

So, dengan sinopsis ni boleh membuatkan anda lagi teruja nak menengoknya dan membacanya jugak. Selamat menonton dan mentelaah.....

Ada 2 novel lagi dalam proses untuk sya habiskan baca iaitu:





Kemungkinan 2 novel ini jugak akan menjadi drama seterusnya.....memang best!. Sinopsis 2 novel di atas ni akan sya cite di entry yang lain ye.

silalah comment post ini...

Monday, October 7, 2013

“Tanyalah Ustaz - Dilema Rumah Tangga..”

Assalamualaikum... Rasanya dah lama tak kongsi info yang boleh kita share bersama. So, di sini sya nak share "Dilema Rumah Tangga". Info ini kebaikan kita bersama, sya pun sudah berumah taggan dan biasalah tiada rumah tangga yang tiada pergaduhan manja, sedikit sebanyak ada jugak berlaku. Marilah bersama-sama kita mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam rumah tangga kita.

Di bawah ini ialah hasil daripada info "Tanyalah Ustaz":

Secara jujurnya, memang terlalu banyak kisah-kisah rumah tangga yang menjadi persoalan, dan ia memberitahu kita bahawa kualiti rumah tangga orang sekarang sudah jatuh berbanding zaman datuk-datuk kita terdahulu.
Hampir 300 soalan mengenai rumah tangga. Jadi, sudah tentu saya tidak mampu untuk memberikan jawapan segera terhadap semua soalan yang dikongsikan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih pada yang bertanya dan insyaAllah saya akan jawab, cuma agak mengambil masa sedikit.

Kesempatan ini ingin saya kongsikan isi penting di dalam perbincangan “Tanyalah Ustaz”

Mengenal bisikan Syaitan di dalam rumah tangga:-

1. Bisikan jemu, Mengeluh, ada aje tak kena, cakap dah tak lembut
2. Bisikan tidak hormat Marah-marah, maki-maki
3. Bisikan sangka buruk dan cemburu
4. Bisikan tak bertimbang rasa Ungkit-ungkit dan menyakitkan hati

Sayidina Umar r.a mengatakan bahawa :- عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا
Hendaklah kamu menghisab diri kamu sebelum kamu di hisab.

Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan di dalam memandang.

1. Betulkan cara memandang perkahwinan

 i. Rumah tangga mengalami perubahan – dari bujang kepada berdua, cara hidup kena berubah dan tidak      boleh mementingkan diri sendiri. Kalau dulu waktu malam asyik main futsal, sekarang sudah berkeluarga, sudah kena kurangkan. Bagi isteri sudah kena belajar masak

 ii. Perkahwinan tidak selamanya indah - sedangkan lidah lagi tergigit, jadi kita kena berusaha meningkatkan kemahiran di dalam menangani pergaduhan dan pertikaian di dalam rumah tangga


2. Betulkan cara memandang suami/isteri

i. pasangan memang berbeza – orang lelaki dan perempuan tidak sama lebih-lebih lagi jika latar belakang tak sama. Kita kena akui bahawa pasangan tidak sama dan akan sering berlaku pertembungan pemikiran. Apa yang penting adalah buang yang keruh ambil yang jernih Lebih-lebih lagi perkahwinan yang melibatkan berlainan bangsa.

 ii. jangan harap tinggi pada pasangan Walaupun dia nak pergi haji beberapa kali, bukan bermakna pasangan telah baik segi akhlak dan perangai. Dia ada kelemahan yang perlu kita bantu.

 iii. kenali mazmumah pasangan Ada orang yang kalah dengan pangkat, ada yang kalah dengan perempuan cantik, ada yang kalah dengan harta. Jadi sehebat mana orang, kalau mazmumahnya (kelemahannya) terdedah, biasanya dia akan tumbang. Jadi setiap perlu tahu kelemahan diri dan pasangan mereka. Jika tidak, itu yang terjadi isteri kecewa suami tengok video lucah, suami usaha harta haram dan sebagainya.


3. Betulkan cara memandang kesalahan

1. Degree salah Tidak semua kesalahan itu degree atau tahapnya 100 peratus dari suami atau isteri. Ada terjadi, suami cari perempuan lain keran isteri tidak pandai layan suami. Selalunya kita terus letak 100 peratus kesalahan adalah dari suami atau isteri semata-mata tanpa jujur melihat sumbangan kesalahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

 2. tak nafi mungkin ada faktor sihir Kena berubat dan kadang kala, pergolakan suami isteri bukan besar, tapi jadi besar kerana ada faktor sihir. Selain itu, dua perkara kena jaga:- Jangan marah pasangan depan orang lain Jangan mengeluh mengenai pasangan depan orang lain


4. Betulkan cara mendengar

 i. bisikan syaitan, jangan di layan bisikan.

 ii. nasihat orang yang salah sama ada diri ibu ayah/ kawan-kawan dan kadang kala oernag sekeliling kita 


Sedikit sebanyak semoga info yang sya share ini dapat membantu kita dalam membina rumah tangga yang bahagia, amin...

silalah comment post ini...

KASWIRA 2013

Alhamdulillah....sabtu dan ahad lepas baru lepas pulas menguruskan program KASWIRA 2013 di Stadium Bandar Penawar. Berkat usaha, Kg. sya mendapat tempat Naib Johan keseluruhan, wang tunai berjumlah RM700. Pada peringkat awal, sya jadi pening kepala memikirkan ragam manusia dan mencari peserta. Nasib baik berbaloi...


Naib Johan Keseluruhan



Tahun ini Kg. saya banyak jugak merangkul kemenangan daripada 2 tahun lepas hanya sampai separuh akhir sahaja. Nasib tak menyebelahi kami masa tu tapi, tahun ni kami ada luck. Daripada 10 game, 7 game akan diberi mata dan 3 game lagi tidak dikira mata, sekadar tambahan shaja. Bagi 7 game mendapat hadiah wang tunai dan 3 game lagi hanya dapat hamper sahaja. 

Kg. sya berjaya merangkul kemenangan bagi game: 
 - seremban - Johan - RM200 
 - Bola Jaring - Naib Johan - RM300 
 - Takraw - Naib Johan - RM300 
 - Congkak - Ketiga - RM100 
 - Karom - Ketiga - RM100 
 - Bakat - Johan - Hamper 
 - Sukan Rakyat (chapteh) - Ketiga - Hamper 


Game yang kecundang ialah: 
 - Futsal 
 - Badminton 
 - Bowling 

Takpalah kan 2 tahun akan datang boleh cuba lagi.... Hasil penat lelah berlatih....berjaya juga. TAHNIAH! sya ucapkan kepada kalian semua. Tanpa kalian JKKM Tg. Balau belum tentu dapat merangkul Naib Johan keseluruhan.

Johan - Seremban


Ketiga - Congkak


Naib Johan - Bola Jaring


Naib Johan _takraw


Johan - Bakat

Ketiga - Karom


Ketiga - Chapteh

Terima kasih ye semua yang terlibat secara langsung dan tidak. silalah comment post ini...

Tuesday, September 17, 2013

Muka Ganas Tapi suka Menggentel Telinga

Salam semua......sihat? semoga hidup kita diberkati Allah hendaknya. amin... Saya baru je balik dari kursus di Kuantan, Pahang. Alhamdulillah selama 3 hari 2 malam, semuanya berjalan dengan lancar. Tapinya tak dapat ' menyelam sambil minum air' hahahaha..... Jadual padat sampai malam. Nak berjalan pun takda kenderaan dan takda tempat2 yang menaraik sangat boleh dilawati. Kebetulan sya memang kenal dengan urusetia program so, sya dapatlah join mereka berjalan ke Teluk Cempedak. Dapat lah jugak belikan cenderamata untuk di bawa balik buat kenang-kenangan. Pengisian program rasanya tercapai. Penceramah semuanya ok takda yang membosankan sangat. Daripada banyak2 penceramah ada sorang penceramah memang best iaitu bapa kepada ainan tasneem. Memang tak mengantuk langsung! asyhik ketawa aje....memang berbaloi!!!!! Tak syok masa kursus ni adalah seorang budak ni, dia ni jenis bengkeng sikit. Suka mencelah orang cakap tak kira lah yang cakap tu bos kejora ke penceramah motivasi ke, dia langgar je. Suka hati mulut dia je cakap sampai panas telinga urusetia yang mendengarnya. Jangan kata urusetia lah peserta kursus yang lain pun berbulu dengar kata2 dia. Disebalik sikap dia yang kurang sopan tu, ada satu tabiat dia yang membuatkan sya dan kawan2 tertawa iaitu "MENGGENTEL TELINGA". Hahahahaha.....ada sorang budak ni, telinga dia yang jadi mangsa gentel. Rasanya adik dia kot. Kitaorang tengok budak tu tak elak pun telinga dia digentel. Muka ganas tapi......ermm.... So, kawan2 di sini sya nak kongsi sedikit apa yang sya perolehi daripada kursus tersebut. Sejauh mana pun kita pergi dan setinggi mana pun kita pergi, sikap NO. 1. SIKAP yang akan membawa kita berjaya di dunia dan akhirat.....
silalah comment post ini...

Tuesday, August 27, 2013

Cara Membersihkan Telinga, Hidung dan Mulut Baby

Di sini sya nk share cara membersihkan telinga, hidung dan mulut bayi. Hal maklumlah bila bayi masih kecil, ibu takut takut nak membersihkannya. Bersihkan pun ala kadar je takut bayi sakit. So, di sini sya ada share caranya. Ibu mama mummy emak di luar sana boleh lah belajarnya ye.
Selamat mencuba demi menjaga kebersihan bayi kita agar dia sentiasa sihat sepanjang masa...amin. silalah comment post ini...