Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan2 bloger....harap2 semuanya sihat2 belaka ye.
Lama beno tak buka bloger ni...bila bukak ha kau setahu rupanya tak berbloger...huhuhuhu...
Tak nyempat2 nk berkongsi cerita dan disini. Anak dah 2, biasalah jadi super mama tu yang tak dan nak menaip tu. Bila bukak laptop je ade saje yg nk join. Bila pegang HP pun ada saje yg mintak. kalau tv pula asyik ceria, ceria, ceria...mamanya nk tengok drama pun tak leh...ermmm...anak, anak..
Bila setahun dah menyepi ni...banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tup tup sekarang dah mula berjinak2 dalam bisness untuk mencari side income.
Bisness pertama menjual tudung shawl keknis kepada rakan sekerja..alhamdulillah dapat sambutan.
Semoga dengan pencarian rezeki yang halal ini dapat membantu mengatasi maslaah kewangan. Bukannya apa sekarang ni kos hidup di malaysia ni dah tinggi. So, mengharapkan gaji sahaja tidak cukup untuk menanpung perbelanjaan harian dan keperluan hidup.
Semoga dengan side income ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mempertingkan ekonomi sendiri dalam menguruskan kehidupan agar segala perbelanjaan dan keperluan hidup cukup terutamanya keperluan anak2..
Harap kawan2 dan masyarakat dapat membantu usahawan wanita khususnya yang baru berjinak dalam bisness ini diberi galakan dan membantu untuk berjaya dalam business.
Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana telah memberi rezeki, peluang dan jalan kepadaku untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai oleh Mu, amin....
Tak lupa juga kepada kawan2 yang memberi sokongan dan dorongan serta membeli tudung. semoga kalian semua dirahmati oleh Allah.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment