Sunday, April 6, 2014

Ajar Anak menggunakan OTAK KANAN

Assalamualaikum kawan2...
Di sini ada info yang sya nak kongsikan dengan anda terutama bagi ibu-ibu baru mahu pun dah beranak pinak...Sya pun ibu baru, banyak perkara yang perlu sya belajar tentang teknik2 mengajar dan mendidik anak2 ini. Sya percaya semua ibu mahu kan anak2 pandai, cerdik dsbnya. So, marilah sama2 kita belajar dan mengajar. Kita tidak boleh mengharapkan 100% kepada guru di sekolah shaja mengajar anak kita, kita sebagai ibu bapa juga perlu main peranan di rumah.
Sya ada jumpa en google untuk mendapatkan bantuan. Di sini ada share salah satu cara untuk kita mengajar anak iaitu dengan menggunakan OTAK KANAN. InsyaAllah dengan rajin, usaha dan ikhlas, anak kita akan menjadi anak yang pandai dengan Izin Allah. Sya harap anda dapat luangkan masa sikit untuk membaca info ini demi kebaikan anak Kesayangan kita...
Info ini sya dapat dari http://mykidz.my/anakku/guna-otak-kanan-ajar-anak/
Otak Kanan – Teknik Jepun, Shichida Methods.
Tahukah anda mengenai kelas Shichida…, iaitu kelas yang diuruskan oleh orang-orang Jepun untuk melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini lebih efektif sebenarnya dari otak sebelah kiri tetapi haruslah berlatih menggunanya.

Anda boleh berlatih mengguna kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda. Insya Allah, dengan usaha yang gigih, keberkesanannya dapat dilihat setelah seminggu.
1. Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakapkan padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang padanya, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Ini adalah disebabkan semasa dia tidur-tidur ayam, otak kanannya sedang bekerja, manakala otak kiri sudah tidur. Perbuatan ini hendaklah dilakukan seikhlas hati… Sekiranya anda kalau tengah marah, tidak akan menjadi. Jika anak anda sudah tidur, ramas-ramas atau picit-picit jari atau tangannya, supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur-tidur ayam.
2. Guna kad untuk ajar anak. Umpamanya A, B, C hingga Z. Insya Allah selepas seminggu, ia boleh mengenali semua huruf serta berupaya mengeja perkataan pendek-pendek. Buat kad banyak-banyak dan tunjukkkan padanya cepat-cepat, insya Allah dia akan cepat mempelajarinya kerana otak kanannya die bekerja keras untuk menangkapapaapa jua yang kita tunjukkan. Kia boleh buat kad 1,2,3, gambar-gambar dsb.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Oleh itu, ajar anak anda bermain dengan tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memanglah kita yang kene mengemas, tetapi tidak mengapa. Satu lagi… cuba lukis gambar-gambar, contohnya rama-rama, tetapi sebelah sahaja dan suruh anak anda sambungkan melukis di sebelah lagi mengikut apa yang anda telah lukis. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda mengapa orang-orang Cina dan Jepun pandai-pandai? Ini adalah kerana mereka makan menggunakan chopstik. Chopstik mengaktifkan kerja tangan dan juga menggerakkan otak kanan.
4. Jangan marah-marah atau tengking anak, kerana mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya anda termarah padanya, cuba kaedah No. 1 dan mintalah maaf padanya.
5. Galakkan pembangunan imaginasinya dengan bercerita padanya. Kemudian suruh anak anda menyambung cerita tu, walaupun cerita itu tak masuk di akal. Kita pun bukan tak biasa cakap merapu.
6. Main teka-teki dengannya. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apa benda tu. Pada beberapa cubaan pertama, anda bolehlah memberi beberapoa pilihan klu, seperti warna, bunyi, dll. Ini akan dapat membangunkan sixth sence. Dengan memberi tumpuan, anak anda akan dapat meneka benda yang ada di dalam kotak tisu tersebut. Ini semua adalah untuk mengktifkan otak sebelah kanan. Tetapi harus diingatkan bahawa semua permainanan yang anda hendak lakukan dengan anak anda cuma boleh dibuat dalam masa setengah jam sehari… tidak payah lama-lama.
7. Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks… tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb… tidak akan menjadi.. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizinkan anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.
8. Untuk berkongsi sesama pembaca:
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada mengatakan perkara yang sama dan dia ada menyebut mengenai perkataan JANGAN untuk anak-anak. Sekiranya kita banyak sangat mengguna perkataan JANGAN pada anak-anak….. itulah yang anak akan buat….. Gunakan perkataan TOLONG. Contohnya….Tolong senyap Abang.. berbanding Jangan bising bang..

Dalam Islam sendiri pun menggalakkan kita ibu bapa bercakap-cakap atau berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses hendak tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.
Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendidik dan mengajar anak menjadi anak yang baik dan padai.....

good luck!!!



silalah comment post ini...

No comments: