Wednesday, November 13, 2013

Zuriat ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2....bila lama menyepi kini terpanggil semula untuk mengupdate semula blog sya nie.. Kisah yang saya nak nak kongsikan adalah ada saling berkait dengan entry sya yang sebelum ni bertajuk 'Ops! ada ke tak de'

Alhamdulillah rezeki Allah beri sya dikurniakan zuriat no.2. Pada mulanya rasa macam terlalu awal dan anak no.1 masih kecil rasanya tapi....bila dah disahkan mengandung, terasa bahagia dan teruja pulak nak dapat anak lagi. hehehehe...

Kebelakangan ini sya rajin membaca novel termasuklah cite yang tengah hangat bermain di tv3 jam 7.00 ptang. Sampaikan teruja nak namakan anak yang bakal lahir nie sama dengan nama watak seperti dalam novel iaitu kalau lelaki, yang kaya, bijak, handsome dan perempuan pula, cantik, pandai dan disukai semua orang...kihkihkih pengaruh novel!

Kalau benarlah zuriat yang no.2 ni perempuan, syukur Alhamdulillah dah dapat sepasang kan!. Mama mana yang tak suka dan gembira, bila dapat anak sepasang satu lelaki dan satu lagi perempuan. Anak kan pelengkap rumahtangga dan sebagai ikatan kasih sayang antara mama dan papanya. hehehehe....Lagi pulak pakaian anak perempuan ni macam-macam jenis dan cantik-cantik termasuklah aksesorinya sekali.

Sya berharap rezeki sya dan suami semakin bertambah dengan kehadiran cahayamata yang bakal lahir nie nanti...dan hidup kami lebih bahagia. Imbas kembali semasa menunggu kelahiran cahayamata pertama, berbulan, berminggu dan berhari-hari sya dan suami menantikan kehadiran cahayamata yang pertama tapi kami tak pernah putus berusaha untuk mendapatkannya. Saya juga makan vitamin yang membolehkan saya hamil. Tapi berlainan yang kedua ini, sya dan suami memang rancang dan kalau boleh biarlah cahayamata yang pertama sudah berusia 3 bulan atau dah pandai berdikari baru dapatkan cahayamata yang kedua. Tup tup terlewat plak period bulan oktober. Bila dicheck memang dah takleh disangkalkan di fikiran memang betul apa yang dirasa. hahahahaha......Inilah kelebihannya bila period teratur, bila terjadi sedemikian mudah dikesan dan merancang. 

Oklh ye sampai disini dahulu nanti kita bersua lagi di lain entry.

 silalah comment post ini...

2 comments:

nur syafaah mustapa said...

tahniah kakak intan... =)

reena said...

tq ye cik nur_ezzy...
akk jga doakn smga awak cpat dapt kerja dan naik pelamin...jgn lama2 nnti bosan. hehehehe...