Tuesday, August 27, 2013
Kemerdekaan Ke-56
Letihnya!!!!! pagi petang latihan perbarisan untuk sambutan KEMERDEKAAN KE-56. Tahun 2013 peringkat Negeri Johor diadakan di Bandar Penawar. Kali ini sya jadi pemegang pelekat je. So, tak yah lah nak berkawat bagai dan menganyun tangan ala tentera tuu...lenggang lenggok mak limah je lh sya berjalan nanti. huhuhuhu.....kawan2 di belakang yang berkawat tu, jangan marah haa..! hahahaha......
Sebelum ni masa di Batu Pahat, sampai hilang suara sebab menjerit kiri kanan kiri.....dari mula bergerak hingga ke penamat. Berkat suara kuatlah, kami punya perbarisan nampak cantik dan kami mendapat tempat ke-3 dalam kategori perbarisan. Syukur alhamdulillah....Seperti biasa bila jadi wakil jabatan ni, sudah tentu lah dapat baju free. Kalau boleh dari atas sampai ke bawah free dan tak yah keluar duit langsung. Ini yang nak melibatkan diri. hahahahaha.....ketawa jahat. Ye lah kan, nak minta kita beri komitmen apbila jabatan buat apa, mesti libatkan diri tapi, mestilah ada juga manfaat untuk staf. Barulah staf semangat nak buat keje...huhuhuhuhu.....demand lebih.
Kalau boleh sya harapkan tahun 2013 ni kami menang tempat pertama kedua2 kategori iaitu perbarisan dan pakaian tercantik. Guarantee dapat pergi ke peringkat kebangsaan pulak. Dah lama rasanya tak pergi ke ringkat kebangsaan. Kalau tak silap masa tahun 2007 je sekali. Masa tu kami wakil untuk zaman Tun Abd Razak. Wah! pakai baju both jacket Oooo....siap dengan kasut but dan topi koboi....memang seronok masa ni.
Peringkat Kebangsaan
Perbarisan MAKSPEN entah ke berapa tak hingat tapi pada tahun 2008
perbarisan MAKSPEN 2011
Perbarisan peringkat negeri johor 2011 di Batu Pahat
Latihan perbarisan 2013
Di atas ni lah diantara gambar2 yang masih ada dalam simpanan. Sebenarnya ada lagi...tapi gambarnya dah takda maybe dah delete..Pakaian untuk perbarisan tahun 2013 ni nanti lepas sambut kemerdekaan, sya cite di lain entry ye siap dengan gambarnya sekali.
Ok tu je..
kita jumpa di entry lain..sekian.
silalah comment post ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hey! ada pic saya la hihi... tu masa zaman muda-muda dulu. merasa gak perbarisan peringkat kebangsaan.
hihihihi....itu lh satu2nya pic masih ada dlm simpanan tau. kenangan tak leh dilupakan.. bukannye senang nk g peringkat kebangsaan. Kita antra org yg bertuah.
amalsukacantik.blogspot.com boleh copy gambar ni utk simpanan..
Post a Comment