Wednesday, July 24, 2013

Tanggungjawab anak terhadap Ibu Bapa

Di sini sya nak kongsikan dengan anda tanggungjawab anak terhadap IBU BAPA. Sya percaya anda juga keliru tentang tanggungjawab siapa sebenarnya... Sya ada tebaca satu soalan tentang ini dalam satu blog. Soalannya berbunyi begini:

"Siapakah yang lebih WAJIB memberi Wang belanja kepada ibu bapa, adakah

     a. Anak lelaki?
     b. Anak perempuan? Atau
     c. Kedua-duanya?



Mari kita sama-sama refresh perkara yang paling BASIC dalam kehidupan kita sehari-hari.

Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah SWT kepada setiap muslimin dan muslimat. Sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Di samping itu, kita hendaklah tahu menghargai budi dan jasa yang dicurahkan mereka siang dan malam demi melihat anak-anak dalam keadaan baik dan berjaya dalam hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Sahih Imam al-Bukhari)

Menghormati ibu bapa, bererti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu bapa mestilah dipatuhi selagi suruhan dan larangan mereka tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang tidak menghormati ibu bapanya ataupun mengkhianati (mengingkari) tunjuk yang baik, maka dia (anak tersebut) dianggap telah menderhaka terhadap ibu bapanya. Bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup sewaktu di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti telah menderhaka kepada Allah SWT. Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,“Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan.

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa? Rasulullah menjawab, “Ibumu. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?Rasulullah menjawab, “Ibumu. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa? Rasulullah menjawab,“Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Sunan al-Nasai')

Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud, “…Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.

Berbalik kepada soalan yang begitu specific, jawapan saya, ‘C’.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, wang bukanlah satu-satunya medium untuk membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Jangan tersilap konsep. Ramai menganggap dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan 'sedang' membalas jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.

Banyak kisah di zaman Rasulullah yang boleh kita ambil iktibar. Kisah pemuda yang menggandar ibu tua dalam cuaca yang panas terik sehingga dia keletihan (untuk mengerjakan haji), usahanya itu tidak sedikitpun dapat membalas jasa ibunya. Ada juga kisah sahabat yang tidak mampu mengucap ketika penghujung hayat, semata-mata kerana membuat ibunya tersinggung. Ada juga kisah seorang perempuan yang tidak menziarahi ayahnya yang sakit sehingga si ayah meninggal dunia pun dia tak ziarah kerana suami tiada di rumah untuk meminta izin keluar rumah. Ayahnya masuk syurga kerana anaknya taat kepada suami... dan macam-macam kisah lagi yang boleh dijadikan teladan.

Secara basic, kesemua adik-beradik bertanggungjawab menjaga ibu dan ayah tidak kira sama ada anak yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang. Walau bagaimanapun, dalam bab menyara (saya kira dari segi wang ringgit), adalah menurut kemampuan masing-masing. Menyara ibu bapa memang tanggungjawab anak (apatah lagi jika bapa sudah uzur dan tidak mampu menyara ibu), tetapi saraan itu adalah sekadar memenuhi KEPERLUAN ibu bapa dan bukan untuk memenuhi KEHENDAK ibu bapa. Kita kena bezakan keperluan dan kehendak.Lainlah jika anak mampu, bolehlah penuhi kehendak ibu bapa, tapi kena lihat juga, jika kehendak mereka bertentangan dengan syarak, tak boleh juga kita turuti. Saraan ini pula hendaklah tidak mengurangkan hak-hak orang-orang di bawah tanggungjawab kita sendiri pula.


Perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri. Rujuk Tangungjawab terhadap ibu bapa untuk lebih info lebih detail.

Hukum faraid sebenarnya ada berkaitan dengan tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan terhadap ibu bapa masing-masing. Maknanya berat menjaga dan menyara ibu bapa adalah lebih kepada anak lelaki. [NB: Amboi... bab mahukan harta lebih, laju saja ya.. tapi bab tanggungjawab yang turun BERSERTA dengan harta itu, purak-purak tak tahu pula ya...] Jangan nafikan kenyataan ini, jika benar tidak tahu, sila ambil tahu dan isi dada dengan ilmu! [NB : Sila rujuk Rahsia Wasiat dan Faraid : updated 03/05/2010 1715hrs]

Saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang lebih selesa tinggal bersama anak perempuan, tapi itu bukan tiket untuk adik-beradik lain (terutamanya adik-beradik lelaki) boleh lepas tangan daripada bertanggungjawab kepada ibu bapa. Perbelanjaan makan minum serta ubat-ubatan yang diperlukan oleh ibu bapa harus dikongsi bersama adik-beradik yang lain.



Jika ada permasalahan dengan adik-beradik, bawa-bawalah berbincang. Carilah kata sepakat. Umur ibu bapa bukannya panjang pun. Selagi mereka masih ada inilah kita patut berebut berbakti kerana besar ganjarannya di sana nanti, insya Allah.

Harap sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan kebuntuan yang dihadapi.

Silalah comment post ini...

Disalah ertikan

Hari ini sya rasa sedih........sangat. Niat di hati baik tapi, disalah ertikan maksudku. Tidak terlintas langsung difikiran untuk mempertikaikannya apa yang telah terjadi tapi......apa boleh buat lebih berfikiran negative daripada berfikiran positive. Mungkin sya lebih muda, tidak sesuai untuk menegur atau memberi nasihat. Pada sya tidak salah kalau si muda menegur si tua jika untuk kebaikkan betul tak!.

Lepas ni sya rasa tiada lagi kata2 yang boleh dikatakan selain hanya mendiamkan diri saje. Tidak bermakna sya diam sya mengalah. Kadang kala berdiam lebih baik daripada berkata, salah satunya dapat elak dari bergaduh, bermasam muka dsb.

Sya harap Allah melebutkan hatinya dan bukakan pintu hatinya, matanya dan seluruh tubuhnyalah sebenarnya apa yang sya katakan adalah benar belaka. Sebelum terlambat jika tidak, menyesal tiada guna lagi.....

silalah comment post ini...

Tuesday, July 16, 2013

Kelebihan Puasa Menurut Islam

Dalam Islam, banyak manfaat atau kelebihan apabila kita berpuasa terutamanya di bulan ramadhan. Bukan lupa cuma tidak ingat sebab dah lama meninggalkan alam persekolahan dan jarang2 atau kadng2 dengar ceramah agma atau pun baca buku. Di sini sya nak kongsi serba sedikit apa yang sya tahu. Ilmu ini pun sya dapat dari en google dan en blogger. Dengan adanya serba sedikit ilmu ini sya nak kongsi lah jugak dengan anda. Sya percaya banyak si blogger menceritakan tentang yang sama tapi mungkin daripada beratus, beribu blog, blog sya yang terpilih. Alhamdulillah dah rezeki sya.

Baiklah kita berbalik pada tajuk entry sya, kelebihan puasa menurut Sunnahdiantaranya ialah:


1. PUASA, MENGHAPUSKAN DOSA:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah Ra, Bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana beriman mengharapkan balasan (dari Allah), nescaya diampunkan dosa yang telah lalu. [Muttafaq ‘alaihi]

Ini disyaratkan menjauhi dosa-dosa besar, maka dosa besar tidak dapat dihapuskan kecuali dengan taubat; kerana Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Sembahyang lima waktu, Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya; menghapuskan dosa kedua-duanya apabila dijauhi dosa-dosa besar. [Muslim]

2. PUASA PERISAI DARI NERAKA, MENJAGA SYAHAWAT

Dari Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud puasa itu perisai,yang Menjauhkan hamba dari api neraka. [al-Thabrani]


Sabda Rasulullah s.a.w: sesiapa yang mengerjakan puasa pada jalan Allah , nescaya dijauhkan dari neraka 70 musim. [Muttafaq ‘alaihi]

Semua kelebihan ini diperolehi dengan hanya berpuasa pada satu hari sahaja, bagaimana pula jikalau seseorang yang berpuasa sebulan Ramadhan, dan bagaimana pula orang yang berpuasa di bulan yang mulia ini setiap tahun?!

Puasa juga dapat menjaga diri seseorang dari gangguan syahwat, kerana itulah Rasulullah mengarahkan pemuda yang tidak berkemampuan berkahwin agar berpuasa.

Wahai sekalian pemuda! Sesiapa dikalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, berkahwinlah kerana ia dapat menundukkan pandangan mata, dan dapat menjaga kemaluan , dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin maka hendaklah berpuasa kerana dengan ia adalah perisai. [Muttafaq ‘alaihi]


3. PUASA DAN SYAFAAT

Sabda Rasulullah s.a.w

Puasa dan al-Quran akan memohon syafaat kepada Allah pada hari kiamat-bagi orang yang berbakti(yang selalu berpuasa dan membaca al-Quran).....[hadis riwayat Ahmad]


4. AR-RAYYAN UNTUK ORANG BERPUASA

Dari sahl bin saad r.a, ia berkata: Rasulullah bersabda di dalam syurga ada satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Orang-orang yang dibenarkan masuk syurga melalui pintu itu kelak, hanyalah orang yang berpuasa, sedangkan yang lainnya tidak dibenarkan. “manakah orang-orang yang berpuasa? Dan bila orang yang terakhir dari mereka masuk, maka pintu pun segera ditutup, hingga tak seorang pun yang dapat memasukinya. [Muttafaq ‘alaihi]


Maka bersungguh-sungguhlah saudara dengan menjaga puasa yang fardu dan puasa sunat agar dapat masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan!


5. MENDAPAT KEGEMBIAAN

Dari Abu Hurairah r.a , Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu tuhannya. [Muttafaq ‘alaihi]


Kegembiraan ketika berbuka puasa: iaitu selepas Allah mengurniakan nikmat berbuka puasa, dan dihalalkan kepada apa yang haram dilakukan pada siang hari; makan, minum dan sebagainya.


Kegembiraan ketika bertemu Allah: ketika ia mendapati pahala puasa dibentangkan di hadapan Allah Taala. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Hari (kiamat Yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan Yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya Dalam surat-surat amalnya)” .

[al-Imran 30]



6. ORANG BERPUASA BERBAU KASTURI

Sabda Rasulullah s.a.w demi diri Muhammad berada dalam tangannya sesungguhnya bau mulut orang berpuasa disisi Allah terlebih harum dari bau kasturi. [Muttafaq ‘alaihi]
Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu busuk disisi manusia, kerana perut itu kosong tidak berisi makanan.

Monday, July 15, 2013

Panas!

Salam kawan2 blogger...bila baca entry sya kali ini mesti ada cite hot kan! Sebab tajuknya je dah 'panas'. Sebenarnya taklah hot sangat yang hot adalah suhu di tempat keje sya hari ini. Apa yang hot nya ialah aircond tempat keje sya rosak....hihihihihi....pasti anda semua terkejut kan bila bace entry macam ada cite sensasi tapi, hahahaha....hot lah sangat. 

Hari isnin adalah hari yang sibuk, banyk keje bila takda aircond bertambah panas.....hati ini. Dahlah satu report tak satle2, asyik ada saje perubahan, tambahan, buang, masuk balik jadi fining kepala sya dibuatnya memikirkannya. Hari khamis sya dan kawan sya akan satlekan report tersebut. Bila banyak sangat perubahan, designer pun fining yang mana satu batul. Inilah yang mmbuatkan tersalah report dimasukkan dalam anual report. Harap2 lepas ni yang betul dan tepat sekali serta hasilnya juga cantik semua orang suka membacanya.

Kawan2 ditempat sya termasuklah bos sya jugak ada beli kipas kecik. Sya je yang takda lagi, masa kawan2 beli sya taknak beli. Dah sudah diri sendiri menyesal. Ermmm.....apa boleh buat, tunggulah kalau pergi lagi kedai tu atu terjumpa kipas macam diaorang tu akan sya beli jugak.

Bila dicite dengan en suami minta dia belikan kipas guna usb, boleh dia kata 'bawalah kipas kat umah ni'. Sakit pulak hati kita ni erk. Sabar sabar.... Hari esok tagak lagi sya kepanasan kalau maintenance tak betulkan jugak. Panas! Panas! Panas!. Terpaksalah sya pinjam kipas my baby. Hahahahaha.....mama pinjam ye syg....

 silalah comment post ini...

Thursday, July 11, 2013

Nak Makan

Alhamdulillah my baby sekarang dah mula nak makan apa sahaja termasuklah nasi. Kalau sebelum ni dia susah sangat nak makan nasi. Hari ini mungkin hari dia nak makan kot. Sya masakkan sayur kobis masak air je campur dengan tahu. Alhamdulillah dia makan, habis nasi 1/3 senduk. Susu pun dia kuat jugak minumnya. 

Walaupun my baby orang kata badannya nampak susut tapi, bila didokong, lenguh dan sakit jugak pinggang kita. Pipinya montel dah tembam sikit, kakinya juga nampak tembam. Bila dalam gambar memang nampak kurus. Dibandingkan masa dia kecik memang berbeza, masa kecik tembam sangat bulat je mukanya. Dah besar ni dia dah aktif dan dah dapat kaki pulak, berjalan saje turun naik turun naik tangga dan ke hulu ke hilir. Ada saja yang dia nak buat main tak kiralah periuk, mangkuk, selipar, penyapu dll lah. Mainan yang khas untuk dia, dia tak nak main.

Bagusnya dia dah aktif ni, tidur malam dia tak berjaga sampailah pagi. So, mamanya taklah bangun buat susu selalu sebab dia dah keletihan bermain siang hari. Kadang2 tu sampai sya hantar umah tok maknya dia masih tak bangun2, letih betul. Senang mamanya nak bersiap dan berkemas. Kalau dia sadar payah, tak boleh buat keje kita dibuatnya asyik nak berdokong saje.. ada satu hari tu sampaikan mamanya bersolek sambil mendokongnya. Kalau tak, bila nak siap, nanti lambat pergi kerja nak hantar dia ke rumah tok mak lagi, nak kejar punch card lagi. Errmmm......aptb anak mama ni.

Syok je menaip dah lari dari tajuk pulak citenya ye. Kita sambung balik tujuan asalnya. My baby suka sangat makan jemput2 pisang. Manis agaknya. Bukan shaja jemput2 pisang, jemput2 lain pun dia nakan. Ada dalam 5 biji jugak kadang2 dari secubit2 beri dia. Kalau dia suka makan dia akan datang pada sya tanpa sya panggilnya. Kalau tak suka, sya panggil dia buat tak tahu jerk....ish! Geram betul kadang2. Tahu dengan gula merah tu pun dia suka makan. Mertabak maggi pun ada sekali sya beri, sya bawak balik baki makanan mesyuarat tempat kerja. Dia suka makan sampai habis sepotong. Suka sangat tengok bila my baby dah boleh makan menu keluarga. Tahap kebimbangan dan kerisauan dah kurang lh. Susu tak mengenyangkan untuk usianya sekarang. Di usianya sekarang memang dia perlu makan, susu tetap minum.

Setakat ini sya beri lobak, kobis dia makan. Tapi brokoli kurang gemar sikit. Kalau lobak, dia makan gitu je kalau sya masak sup. Sedap agaknya pada tekaknya. Baguslah sayang boleh cerahkan mata. Dapat dielak dri penyakit rabun. Mama harap anak mama lepas ni tak memilih makan ye sayang. Mama gembira lihat anak mama dah pandai makan dan semakin bijak. I love u so much!.

Kawan2 di luar sana, anda kenalah berbanyak bersabar apabila melayan karenah baby ni. Ragam mereka setiap baby tak sama. Masing2 ada perangai masing2 dan berbeza. Banyakkan istiqfar agar tahap kemarahan tidak melampaui batasnya.

 Good luck mama, mummy, ibu, emak, ummi dalam mendidik anak! Semoga anak kita nenjadi anak yang soleh dan solehah serta baik, dengar kata ibu bapa, dunia dan akhirat....amin.

silalah comment post ini...

Wednesday, July 10, 2013

Perkara yang memBatalkan Puasa

Hanya sebagai peringtan semula sahaja walau pun dah mempelajsrinya semasa sekolah dahulu atau pun ada membaca buku. Hal maklumlah kadang2 kita ni terlupa atau pun tidak sengaja melakukannya, betul tak!. Di sini sya nak kongsikan dengan anda perkara2 yang boleh membatalkn puasa iaitu seperti di bawah:

  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa)
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium dan sebagainya
  • Kedatangan haid atau nifas
  • Gila walaupun hanya sekejap masa
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari
  • Murtad iaitu orang yang keluar daripada agama islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan
Inilah ia perkara2 yang boleh membatalkan puasa kita. Puasa kita boleh terbatal jika salah satunya kita ada melakukannya. So, elaklah daripada melakukan perkara2 sedemikian. Membuang puasa memang seronok sebab boleh makan di siang hari tapi apabila hendak menggantikannya punyalah liat atau susah, ada sahaja alasan yang diberinya. Nampak mudah tapi sukar untuk melakukannya jika tidak kuat.

silalah comment post ini...

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Salam ramadhan sya ucapkan kepada semua umat islam. semoga tahun 2013 ni akan beri lebih banyak manfaat dan hidayah dariNya. Banyak dugaan pada bulan puasa ni, terutamanya nafsu makan, mata dan mulut. So, bulan puasa kali ni nak kurangkan pergi bazarlah dan kalau boleh takyah pergi sebab nnti pelbagai makanan yg hendak dibelinya tapi akhirnya tak makan, dah membazir...

Kalau lah ramsi orang tang berfikiran macam sya habis lah peniaga2 di bazar.. hahahaha....tak balik modal. Ini KPI sya, jangan lah yang lain pun ikut sya. Misi sya, sya nak kurangkan belanja dan kawal pemakanan serta elak dari membazir. pada orang lain terpulang lh kepada anda nak menentukan cara hidup anda.

Puasa pertama je sya dah tak dapat berbuka bersama en suami tercinta sebab bertugas. Apa boldh dikatakan lagi, dari tugas itu lah punca rezeki kami so, sya kena redha' dan terima hakikat serta paham dengan tugas en suami walau pun ada terasa terkilan dan kecewa sikit. Tak kisah lah, hari ketiga dapat berbuka bersama2 insyaAllah hendaknya.

Tahun lepas satu bulan tak dapat berpuasa sebab dalam pantang. Alhamdulillah sya dah bayar fidyah sebulan until puasa yang sya tinggal tahun lepas. Rasa lega sikit lepas bayar fidyah. Lepas raya ingat nak puasa ganti insyaAllah dengan izinNya. Setakat 7 hari ini mungkin takda hal lah sangat, ni satu bulan tu...ingan sikit hari nak ganti. Ganti hari mungkin tal berapa yakin sangat, dapat puasa pd hari isnin dan khamis pun dah ok sangat lah.. Harap2 boleh puasa nanti.

Tahun ni sya sangat berharap kalau sya dapat berpuasa penuh tanpa makan pil. Memang boleh tapi sya rasa sya tak boleh sebab ia akan mengganggu kitaran haid sya. So, hanya mampu dilakukan ialah berdoa agar dapat berpuasa penuh, itu sshaja. 

Dikesempatan ini sya ingin ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia. amin....

silalah comment post ini...