Monday, March 25, 2013

pembekal, Pemborong dan Peniaga

Jangan keliru dan samakan...pembekal, pemborong dan peniaga. Begitu juga dengan harga, Harga yang ditawarkan oleh pembekal, pemborong dan peniaga adalah berbeza. Harga antara pembekal dan pemborong juga ada yang berbeza. Tak mustahil juga harga peniaga adalah berbeza. Peniaga biasanya akan mengambil keuntungan sedikit dari harga pemborong. Bergantung pada harga yang pemborong tawarkan kepada peniaga. Kalau pemborong tawarkan harga mahal, mahallah peniaga itu jual dan sebaliknya.

Sya kelaskan:
 pembekal - pihak pertama
Pemborong - pihak ke-2
Peniaga - pihak ke-3

Di sini sya nak kongsi dengan kalian tentang pengalaman sya berdepan dengan seorang customer.

Sya sebagai peniaga (peniaga kecil2an), adalah satu customer nak beli produk dengan saya. Bila sya nyatakan harganya, boleh dia kata MAHAL dan bandingkan pulak dengan harga pembekal / pemborong produk tersebut. Kalau saya jual sama harga dengan pembekal / pemborong, sedangkan pembekal / pemborong tawarkan harga sama apa yang dia jual, sya rugilah takda untung... Harga lebihan itulah untung sya dan sebagai wang pusingan modal. Lainlah kalau pembekal / pemborong tawarkan harga lebih murah dari apa yang dia jual, barulah sya boleh jual sma dengan harga pembekal / pemborong!

Susahlah berkomunikasi dengan orang yang kurang pengetahuan tentang berniaga. Yang dia tahu nak murah jeeee!!!!!!

Sebagai pembeli perlu tahu perbezaan harga. Faktor yang menyebabkan perbezaan harga ialah:
  • Harga dari pembekal lebih murah darpda pemborong
  • harga pemborong lebih murah daripda harga peniaga
  • jarak tempat (antara negeri)
  • brand lain
  • kualiti lain
  • service caj
  • postage, dll
Ye sya tahu dan sangat memahami, sebagai pembeli memang ada hak untuk memilih barangan yang hendak dibeli. Terpulang pada pembeli nak beli di kedai / peniaga mana yang lebih murah dan mampu dimilik. Tapi, janganlah nak samakan semua peniaga di seluruh malaysia/dunia menjual dengan harga yang sama kecuali barangan terkawal sahaja seperti gula, tepung dan sbgainya.

Sebab itulah pembeli, dia akan masuk banyak kedai untuk survey barang dan kualiti yang dia hendak. Sya beri contohlah, tudung 3 layer yang hangat dipasaran sekarang. Pelbagai harga peniaga jual ada yang jual dengan harga RM50 / RM65 / RM73 / RM75 / RM80 / RM85 / RM90 / RM140 / RM170 dll. Kenapa harga berbeza2 sedangkan rupa sama, jenis kain sama tapi harga berbeza. Terfikir tak kenapa?. Walau pun ada tudung yang murah tetapi, orang tetap beli tudung yang mahal sebab apa? mungkin kualitinya, jahitnya kemas, susunan warnanya menarik dll. Tudung murah pulak, bagi orang yang mampu milik. Brand sahaja tak popular dan mungkin peniaga itu membeli dengan jumlah yang banyak (500 helai tudung) dan sebab itulah dia boleh jual dengan harga yang murah sebab pemborong tolak harga murah dengan peniaga tersebut. Keputusan di tangan anda nak beli dengan siapa tapi, JANGAN samakan pembekal, pemborong dan peniaga.

Kalau anda peniaga, anda mesti tahu permainan harga. Kalau nak harga MURAH terus pergi pembekal / pemborong...bukan peniaga (pihak ke-3). JANGAN salahkan peniaga menjual produk mahal, mungkin ada kelebihan tertentu pada produk yang dia jual di bandingkan dengan peniaga lain. Tak mustahil juga ada peniaga ambil kesempatan. So, sebagai pembeli perlulah membuat survey harga dan kualiti terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk membeli.

NAK BELI, BELI...TAK NAK BELI, TERPULANG!

Errrmmmm......biasalah kan manusia macam2 ragam. Inilah namanya cabaran berniaga. Rezeki masing2, Allah pemberi rezeki. Hanya Ia yang maha mengetahui dan menentukan segalanya....

silalah comment post ini...

Menjaga Anak ketika Isteri 'Outstation'

Sya percaya di luar sana ramai ibu/mama berkerjaya. Bekerja siang dan malam untuk membantu suami dalam menguruskan hal rumah tangga. Baguslah saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Di sini ada info yang saya nak kongsi dengan kalian tp lebih khusus kepada orang lelaki yang dah berkahwin atau penjaga. Mungkin panduan berikut sedikit sebanyak dapat dijadikan ‘alat bantu’ dalam usaha menjaga anak tanpa isteri di s...isi atas urusan kerja.

Info ini, kaum lelaki/bapa/papa/dady perlu baca. Kaum wanita juga tak salah untuk membacanya sebagai tambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.


a. Ketahui tabiat /perangai anak

Papa patut mengambil tahu tabiat atau perangai anak. Fahami karektor mereka dengan memerhatikan apa yang mereka gemar lakukan. Papa kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak bermain.. Misalnya jika anak bawah usia setahun yang baru pandai memanjat, merangkak atau suka bermain sewaktu kita memandikannya. Jadi, papa kenalah lebih peka dan berhati-hati semasa mengawasi mereka agar keselamatan anak terjamin.

b. Ambil tahu kesukaan anak
Anak-anak yang masih belum pandai bertutur pasti sukar difahami apa kehendak mereka. Biasanya ibu yang lebih faham apa yang diinginkan si anak tatkala mereka merengek. Oleh itu sentiasa ambil tahu apa yang menjadi kesukaannya bagi memudahkan proses memujuk atau meredakan anak semasa dia merengek atau menangis.

Misalnya ada anak yang akan berhenti menangis apabila dipujuk melihat buku bergambar sambil kita bercerita dengannya dan sebagainya lagi kesukaan mereka. Dengan kata lain tidaklah papa menggelabah bila anak menangis tanpa sebab.

Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat mungkin kaedah pujukan tersebut tidak sesuai kerana biasanya ia tidak berkesan.

c. Tahu masa makan dan tidur

Anak-anak kecil mempunyai masa makan dan tidur yang tetap setiap hari. Jika tidak mereka akan meragam dan menangis tanda tidak selesa. Maka papa perlulah belajar daripada isteri tentang hal ini. Ia kelihatan remeh dan kurang penting namun tidak apabila anda menjaga anak yang masih belum boleh bertutur kerana mereka tidak boleh memberitahu rasa lapar atau mengantuk. Ketika usia ini tangisan adalah cara si anak berkomunikasi dengan papa dan mama. Jangan pula bila anak menangis papa sibuk buat kerja lain dan suruh anak main dengan alat permainannya sahaja.

d. Ambil berat tahap kesihatan anak

Jika anak tidak sihat kerana demam, batuk dan selesema, maka cabaran menjaga mereka menjadi lebih berat. Tentu sahaja ketika ini mereka rasa tidak selesa dan asyik merengek tidak kira masa terutama semasa hendak tidur bahkan si manja juga tidak selera makan dan minum susu. Jangan panik.

Sekiranya anak kelihatan kurang ceria seperti biasa dan asyik merengek sahaja, periksa suhu badannya sama ada dia demam atau tidak. Oleh itu pastikan termometer mesti ada di rumah. Kalau suhu tinggi, bawa ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan fikir dia seperti kita yang punya ketahanan badan terhadap demam selesema biasa. Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya. Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama kerana mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan dan jangkitan kuman pada otak jika suhu badan terlalu tinggi.

Mungkin setiap papa punya cara tersendiri mengendalikan anak masing-masing. Walau apa pun kaedah tersebut pastikan sebagai papa anda sentiasa peka dan bertanggungjawab menjaga anak agar dia selesa dan selamat biarpun mama tiada di sisi.


SUMBER : Majalah Pa & Ma

silalah comment post ini...

Aura White Gluta Collagen 400,000mg




Produk minuman pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu2 nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!
HARGA:
RM150(S) RM155(S/S)
-HARGA TERMASUK KOS POS-
500GM/JAR
(1-2 BULAN PENGAMBILAN)
-untuk tempoh terhad, percuma shaker dan masker muka-

Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!


FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.

TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.


KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG

- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita

CARA PENGAMBILAN:
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)



Beberapa persoalan yang sering ditanya pengguna:


a). 1 jar tahan brapa lama?
- Bergantung cara pengambilan. Jika sekali sehari, tahan 2 bulan. Tapi permulaan amal, di sarankan minum lah 2 kali sehari, pagi dan malam. Jadi ia tahan untuk sebulan.. Nak kesan bagus dan cepat kan, jadi minum banyak2 sikit..hehe.. (air bersih juga minum secukup nya ye..)

b). Rasa ia macam mana ye?
- Rasa manis2 anggur..:) sedap.. kena cuba sendiri, baru tau..

c). Jar tu plastik ke tin? Kang berkarat lak, bahaya tu..
- Bekas plastik yang cantik, macam tupperware.. Dah habis isi nanti boleh gantikan dengan biskut..hehe..

d). Alahan seafood/resdung boleh ambil?
- Boleh. Kolagen ia dari sumber akuatik - ikan talapia, tiada unsur marin. Bahan2 lain dari ekstrak buah juga sarang burung.. sangat bagus untuk kesihatan dalaman selain untuk mencantikkan kulit..

e). Jika ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis atau jantung boleh minum ke?
- Aura white selamat untuk semua. Ia minuman bernutrisi bebas gula dan pengawet. Jika makan ubat, jarakkan masa pengambilan. Jika bimbang berlakunya tindakbalas yang teruk, cuba minum dengan dos yang sedikit dulu, setengah scoop..

f). Berapa lama nak nampak halus, cerah, gebu ni?
- Jika konsisten 2 kali sehari, jaga pemakanan dan badan sihat, tentunya kesan terserlah pada kulit dalam tempoh 2 minggu sahaja!!

g). Jika berhentikan pengambilan kulit jadi kusam semula ke?
- Badan kita ni terdedah dengan radikal bebas setiap hari.. proses penuaan juga berlaku setiap saat. Beza nya jika kita mengambil nutrisi yang cukup, proses itu semua dapat dilambatkan.. Dan Aura White salah satu pilihan minuman tambahan yang sangat bagus, sebahagian dari cara anda untuk lebih muda dari usia.. Contoh mudah, kita nak bersih dan segar mestilah mandi setiap hari.. Apa jadi jika sehari tak mandi atau seminggu, apa lagi jika sebulan tak mandi? huhu..





untuk order klik sini https://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/reena.salleh

sila comment post ini...



Wednesday, March 20, 2013

Petua Hilangkan Kembung Perut Baby



PETUA HILANGKAN KEMBUNG PERUT BABY..



Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!

Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Yu Yee atau minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.
Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.
Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa.silalah 
comment post ini...

Kaedah Merancang Kehamilan

Pelbagai kaedah dan cara yang boleh diambil oleh ibu-ibu selepas bersalin untuk merancang dapatkan baby yang ke-2. Kebiasaannya pihak hospital atau nes klinik kerajaan / swasta akan menerangkan dan mengesyorkan kaedah yang sesuai dan bergantung juga pada individu. Ini adalah kerana semua semua individu sesuai dengan semua kaedah, perlu dapatkan ansihat daripada yang pakar terlebih dahulu.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan

Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


3. Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


4. Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
  • Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
  • Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.



5. Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.


6. Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.


7. Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.


8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.


9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.


10. Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)
Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.


11. Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.


12. Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.


13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.


Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.


silalah comment post ini...

Mata tak berkedip langsung!

My hero dah pandai tengok tv, terutamanya bab iklan. Khusyuk sehinggakan mata tidak berkedip langsung walau pun kita cuba menghalang pandangannya. Kanak2 pada usia seperti my hero memang suka tengok iklan agaknya, sebab masa anak sedara aku masa kecil juga macm tu. Tetapi masa anak sedara aku, memang takleh alih siaran lain langsung bila dia dah tengok iklan. Ish! Ish! Sampai macam tu sekali.....

Kadang2 tu dia dah mengantuk, sampai sangap2 mulut menguap menahan mata. Ahmad khalis! Ahmad khalis! Suka buat mama tersenyum bila melihat telatah kamu.

My hero bukan sahaja suka tengok iklan tetapi suka dengar lagu bila berkumndang di tv seperti cite setia hujung nyawa. Setiap kali cite itu, lagu tema akan berkumandang dan dia pasti toleh ke tv. Lagu i'm 4 u pun my hero suka dengar tau.



silalah comment post ini...

Jam 2.00 pg

Malam tadi sya tido lambat sebab tengok cite cinta beruang. Sya pun sedar sebenarnya dah jam 2.00 pg. Tengah syok tengok cite, my hero bangun pulak dan dia pun boleh tengok cite jugak sama dengan sya. 

My hero ni bila dah tidolama dan bangun semula memang susah sikit nak suruh dia tido semula. Sebelum tu dia akan bangun duduk bangun duduk sehinggalah dia keletihan dan tido semula..

Sya pula akan jadi kawan bermain dialah. Kalau dibiarkan takut jatuh katil pulak so, kenalah layan sehingga dia mengantok. Mamanya terpaksalah bersengkang mata....padan muka sya kan, waktu anak tido tak nak tido, bila anak bangun baru nak tido....

Oleh kerana mata masih terang, inilah hasilnya keluar entry di blog....waktu siang tak daoat nak luangkan masa, tengah malam lah baru dapat mengupdate blog. Sekarang ni my hero tengah bermain dengan botol susunya yang dah habis, golek kanan golek kiri dan akhirnya tidolh nanti. Papanya? Ermm....dah selamat sampai england agaknya....langsung tak sedar apa, keletihan baru balik dari KL. Biasalah keje driver tak lekang duduk rumah jap naik KL jap naik Melaka, jap naik sini jap naik sana...isteri terpaksalah tinggal. Nasib baik ada my hero dapat jugak menghilangkan rasa bosan. 

Oklh ye dah lewat malam ni, mata pun dah kelat dan pedih. Good nite semua dan good morning, good afternoon and good evening!!!

silalah comment post ini...

Monday, March 18, 2013

keletah my hero

Keletah my hero selanjutnya......memang tak disangka dia akan buat sedemikian. Sya rasa ianya tak sengaja, kebetulan tindakan dia membuatkan mamanya teruja. Nak tahu apa keletahnya? Jom saksikan gambar di bawah:


Hahahahahaa......mana mama tak teruja lihat anaknya tido macam ni, sedangkan dia baru 8 bulan belum tahu apa yang dia buat. sangat comel kan!.

Lagi satu, dia suka tengok cermin...dia akan tersenyum bila lihat wajahnya sendiri. Bukan sahaja cermin, tap kalau ambil gambar menggunakan kamera depan pun sama. Ini buktinya, jom lihat keletah seterusnya:




Inilah my hero. Sikit demi sedikit kepandaian dan kebijakannya terserlah. 

Memandangkan bateri tap pun dah nak habis so, setakat ini sahaja dulu ye. Lain kali kita bersua lagi. Bye! Bye! Bye!...

silalah comment post ini...

Pengotor atau Tabiat???

Hobi atau tabiat? Hobi dan tabiat sama tak?. Hobi, apa aktiviti yang kita suka lakukan. Tabiat, tingkah laku seseorang yang kerap dibuat. Betul ke definisi yang saya berikan ni, kalau salah sya minta maaf lh ye, adik baru nak belajar, tolonglah ajarkan.....hihihihi.....

Macam man pulak dengan pengotor atau tabiat? Adakah sama?. Pada sya, tabiatnya yang kurang menyenangkan dan membuatkan dia digelar pengotor, betul tak?. Sebagai contoh:

" Tidak mengepam plash selepas membuang hajat". 

Adakah ini tabiat dan pengotor? Pada sya, ini adalah tabiatnya yang memang suka tidak mengepam plash atau simbah air selepas buang hajat besar, secara tak langsung orang macam ni dipanggil pengotor!!.

Apa pandangan anda pulak?

Ish! Ish! Ish! Kalau anda nak tahu kejadian ni si pelakunya adalah seorang WANITA! Sungguh memalukan kaum wanita sahaja. Si pelaku memang tidak dapat dikenalpasti tetapi kanya berlaku di tandas wanita. Kejadian ini bukan sekali je berlaku tetapi banyak kali berlaku.

Difikiran berligat berfikir siapakah orangnya?. Kalau orang luar, tetapi perkara ni terjadi pagi2, belum ramai orang masuk. Entahlah malas nak menyerabutkan kepala otak. Dah besar, sepatutnya dah boleh fikir sendiri apa perlu buat.

So, kawan2 di luar sana, janganlah sampai orang menggelar anda PENGOTOR??Lagi2 kita seorang wanita, perlulah menjaga kebersihan ye....tabiat sedemikian tak perlu dicontohi ye....

silalah comment post ini...

BERSUA KEMBALI

Salam sejahtera dan assalamualikum kawan2 blogger.....

Bersua kembali setelah lama menyepi. Maaf ler sebab tiada kesempatan untuk mengupdate blog. Hari ini barulh ada sedikit masa dan saya memenuhinya dengan menaip. Sebelum ini banyak cite yang nak dikongsi tapi tak sempat nak menaip dan sekarang pun bila nak dicite macam dah basi tapi biasalah kan tak semestinya itu jam jugak dikongsi cite, kadang2 dah makan berbulan pun cite masih hangt kan..

Bagi yang kawan2 setia membaca entry saya, sya minta maaf sebab menyepi seketika. Now, i'm back!. Cite selanjutnya kita bersua di entry lain ye, berdasarkan tajuk cite. Kalau dikolohum semua di sini tak bestlh nanti tak banyaklah entry. Cite panjang2 nanti membosankan pulak betul tak?. Ok kita bersua di entry seterusnya. Bye!!.....

silalah comment post ini...