Monday, December 31, 2012

Last day to 2012

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012...esok 1.1.2013. Masa zaman sekolah, nak tunggu 2010 macam lama sangat nak tiba. Sekarang dah nak masuk 2020 pulak. Adakah masa bergerak pantas atau jarum laju sangt geraknya? Kita lihat dengan mata kasar semuanya sama tak ada perubahan pun sama ada jam atau pun bumi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja sehinggakan dah malam pun tidak disedari....Kita akan sedar bila tiba hari lahir nanti, eh dah sekian2 umur ku, sekejap je 

Masa zaman sekolah memang akan merasa lambat atau lama bila hendak ke zaman kerja. Masa tu jugak akan rasa cemburu dengan orang yang dah habis sekolah...tapi bila dah kerja lain pulak rindu zamn sekolah....Masa kerja jugak akan tersa zaman berlalu dengan pantas hari bertukar hari, minggu, bulan dan tahun.

Diam tak diam sekarang aku pun dah nak masuk 27 thn, eeee....dah nak hampir 30an..Anak baru seorang.

Sepanjang tahun 2012 ni pelbagai suka duka aku tempuhi tak kira lah sebagai seorang anak, mama atau pun pekerja. Macam2 ragam dan karenah. Semoga tahun 2013 akan menceriakan dan  memberi kebahagiaan kepada aku sekeluarga. 2013 juga adalah tahun yang lebih baik dari tahun2 yang lepas. Aku mohon kepadaMU agar Engkau limpahkan lah rezeki yang melimpah ruah kepada aku, suami, anakku dan semua ahli keluargaku serta ampunilah segala dosa2 kedua bapaku dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013!!!!
silalah comment post ini...

No comments: