Assalamualaikum kawan2 blogger....... rasenya belum terlambat lagi nak ucap selamat hari raya kn. So, dikesempatan ni sebelum aku berceloteh lebih panjang, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
Tahun ni bukan sahaja bergelar suami istri tapi dah bergelar mama & papa. Memang seronok ada anak. Ahmad Khalis adalah tali pengikat kasih sayang antara aku dan suami. Alhamdulillah.......raya tahun ni amat bermakna buat aku. Ahmad Khalis dah cukup 2 bulan. Duit rayanya jugak alhamdulillah banyak dapat. Bila dah ada anak ni memang kalau boleh banyak rumah nak pergi sebab nak kumpul duit rayanya tapi, badan pulak letih. Rumah sedara-mara aku masih belum pergi lagi.
Ahmad Khalis juga telah sampai KL, beraya di rumah makde dan mak tamnya. Kalau dia dah boleh bercakap agaknya riuh dalam kereta suaranya je...tp dia belum boleh bercakap lagi. Ada jugaklah senyum2 bila di agah oleh sepupunya dan lebih banyak tidur lah. Hihihihihihihihi.....biasalah dlm peringkat umur ni memang tidur je. Anak mama&papa ni memang tak banyak ragamnya. Ahmad Khalis anak yang baik kn sayang!!!
Tahun hadapan tak tahulah apa keletahnya. Nak tahu tunggulah tahun hadapan ye alkisahnya. Ok selamat hari raya semua....berhati2 juga di jalan raya, ingat orang tersayang.....
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment