Aku dan suami ambil cuti mengalahkan pengantin sampai 7 hari. Hahahahaha......biasalahkan kenduri kahwin mesti penatnya terasa berhari-hari...Lagi-lagi lepas majlis, nak kemas rumah satu hari mana cukup, berhari-hari tak satle-satle. Selama 7 hari kami bercuti, 3 hari lepas majlis alhamdulillah dapat disatlekan semuanya termasuk bayar hutang.
Bak pepatah ibu mertuaku "lega rasenya dah selesai, dah takde buat majlis kahwin lagi lepas nie, anak-anak dah habis kahwin semua". Errrmmm.....aku rase fikirannya dah lapang sekarang sebab tanggungjawabnya dah selesai. Semua anak-anaknya dah ada tanggungjawab sendiri pada keluarga masing-masing.
Maklumlah tinggal ibu mertua aku sahaja, bapak mertua dah kembali kerahmatullah. Kesian dia..dialah ibu dan dialah bapa. Sekarang semuanya dah selesai...Alhamdulillah. Aku dan suami pun bersyukur akhirnya adik bongsu kami dah kahwin dan dah ada orang yang boleh jaganya. Semoga suaminya dapat membimbingnya ke jalan yang benar, lurus dan kesyurga hendaknya. Amin..
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment