Thursday, November 29, 2012

Anniversary ke 2 Tahun

Assalamualaikum......
26 November 2012 yang lepas genap 2 tahun usia perkahwinanku. Terasa sekejap je dah 2 tahun dan anak pun dah berusia 5 bulan. Tapiiii.......keciwa sebab tak dapat buat something spacial pada hari tersebut dan en suami pun outstation. Insyaallah dalam perancangan pada 8 dan 9 disember ni nak duduk hotel bersama en suami dan anak. Harap-harap plan menjadilah boleh sambut anniversary dan birthday sekaligus.....

En suami pun memahami keadaan yang sebenarnya dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik serta kedua-duanya happy. Hadiah? hadiah belated lah, macam mana sekali pun hadiah tetap ada walau pun tidak dapat diberi pada tarikh yang tepat. Aku tidak mengharapkan hadiah berupa benda tapi kalau orang bagi ambik lh, rezeki jangan ditolak betul tak? rugi! rugi! Hadiah yang paling bermakna adalah kasih sayang, setia dan kejujurannya yang aku mahukan. Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga dan dalam perhubungan.

Cara nak sambut anniversary terpulang pada masing-masing nak macam mana, asalkan kedua-dua happy dan bahagia. Dalam tempoh dua tahun ni macam-macam dugaan, pahit dan manis aku harungi bersama en suami. Bohonglah kalau aku katakan "air mata tidak pernah keluar", sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi aku hanya seorang manusia biasa ada hati dan perasaan. Ini lah dia asam garam perkahwinan.

Aku bersyukur kehadrat Illahi dengan ketentuan yang telah tertulis untuk aku. Dia lah yang maha mengetahui akan apa yang terbaik atau sebaliknya buat hambaNya ini. Aku sebagai hambaNya hanya menurut perintah. Semoga segala dosa-dosaku diampunkan oleh Allah S.W.T.

silalah comment post ini...

No comments: