Thursday, September 27, 2012

Kembali Kerja

Salam semua...walaupun dah lewat empat hari tapi aku nak update jugak entry aku ni. hehehe....suka hati aku lh aku punya blog nak update bila! betul tak?. ops! terlebih sudah....hihihihihi....

Hari Isnin lepas 24 September 2012, hari pertama aku memulakan tugas semula selepas 3 bulan cuti bersalin. Ermm.....memang best cuti lama jadi suri rumah jaga anak. Satu hari dapat hadap anak, tengok kletah dia, tidor sebelah dia dan main dengan dia. Bila cuti dah nak habis terasa cepat pulak. Malas je nak pergi kerja.....hihihihi.

Dah start kerja ni, hanya jumpa anak belah petang lepas kerja je, tengahari masa tak cukup nak luangkan masa dengannya terkejar-kejar. Balik je dari kerja terus ambil dia, melepaskan rindu. Rindu gilers lh. So, sekarang apa yang kawan2 aku alami, aku pun alaminya dan aku pun sudah faham perasaan mereka.

Sekarang anak aku cakapnya belum jelas lagi. Kalau dah lancar bercakap agaknya hari2 aku nangis tinggalkan dia. Ermm....tunggu jelh masanya nanti. Apa akan terjadi. Aku harap anak aku tak kisah tinggal dengan sapa so, hati aku jadi senang bila tinggalkan dia bila aku kerja.

Percakapannya kadang2 terkeluar perkataan mak bila merengek. Sukanye dengar bila dia nak berbual dengan kita. Walaupun hanya brurrr...Memang kehadiran anak menjadi pelengkap rumahtangga dan memberi kebahagiaan kepada ibu bapa di dunia ini.Kehidupan sebelum dan selepas ada anak berbeza.

Ini lah anak aku Ahmad Khalis. Comel Tak, comel kn!


Usianya sekarang 3 bulan, beratnya 6.83kg dan tinggi 62cm. Inilah anak kesayangan aku dan suami.
silalah comment post ini...

Saturday, September 15, 2012

majlis hari raya

Salam kawan2.....lama menyepi kini kembali lagi.....
Dah hujung2 raya ni masih ada lagi buat majlis raya. Malam tadi rumah bos aku, ermmm.......macam2 menu ada. Sebelum marhaban aku dah bedal dulu makan sebab nak tunggu marhaban lambat pukul 9 baru mula, nasib baik tuan rumah bagi makan. Bukannya apa bila cepat makan cepatlah baliknya, ye tak?. Menunya ialah soto, mee hoon goreng, roti jala dan satey. Ermm......rasanya ok tapi perut je tak leh terima makanan banyak2. Kalau tak kesian orang lain tak dapat merasa. hehehehehehe............

Masa hari rabu lepas bahagian PPSM tempat aku kerja buat. Ha! menunya lain daripada yang lain iaitu nasi lemak ayam, sup kambing, nasi impit, rendang dan mee hoon goreng. Selain tu diaorang ada bagi hadiah cabutan bertuah, ha....kali ni rezeki Khalis agaknya aku dapat kipas. Aku tak pastilah sama ada hadiah tu memang tuah aku atau dirancang. Tapi tak kisahlah asalkan aku yang dapat dan yang lain dapat tapawer, pinggan, set periuk dan hamper. hihihihihihihihi.....

Kedua2 majlis anak aku tak meragam. Anak mama ni memang anak yang baik. Mama harap sampai ketua anak mama sentiasa menyenangkan mama n papa tak merisaukan kami ye sayang!

silalah comment post ini...