Wednesday, August 29, 2012

Rindu

Assalamualaikum.....orang pukul 12 mlm tido aku pulak masih menaip blog. hihihihi......td dah tertido so bila dah tersedar mata pun susahlah nak tido semula. Sebelum tido terasa gatal pulak jarini nak menaip blog, hihihihi.....

Tinggal lebih kurang 26 hari lagi aku akan mula bekerja semula. Bila dah hampir nak habis cuti terasa cepat lah pulak. Cuti 3 bulan pun terasa macam tak cukup nak bersama my baby. 24 September 2012 ni aku dah start kerja dan my baby pun dah cukup 3 bulan.

Bila cite bab kerja ni, terasa rindu dengan rakan2 sekerja dan aktiviti2 di pejabat. Pagi tadi baca facebook rakan sekerja tentang perbarisan 31 ogos ni. Sebelum ni aku adalah salah seorang ahli perbarisan. Memangseronok join dengan mereka. Walau pun penat tapi best dan lagi berbaloi kalau dapat tempat tak kisahlah kategori berbaris atau pakaian tercantik. Lepas ni tak tahulah boleh join lagi atau tidak.

Di opis pulak rindu dengan 4 kawan aku ni (kak imal, kak zura, noni & sabrina) tak sabar pulak nak jumpa mereka, sembang2, makan sama2 dan buat kerja sama2. Macam mana agaknya bila aku naik kerja nanti, masih expert lagi ke aku buat kerja atau kekok macam baru maxuk kerja??? hahahaha......tak tahu lah tapi rasa2 masih boleh ingat dimana data2 aku simpan.

Bila dah start kerja, terasa rindu pulak my baby. Petang lepas kerja baru jumpa. Ermmm....mesti mama rindu dengan Ahmad Khalis nanti. Ahmad Khalis jangan nakal2 ye sayang tinggal dengan nenek @ tok mak masa mama kerja.

Macam manalah agaknya bila aku dah kerja nanti harap2 aku boleh handle semuanya dan teratur. Aku kenalah bangun lebih awal dari sekarang. Inilah dia tanggungjawab seorang isteri dan mama. Perasaan rindu akan sentiasa menghantui diri nanti dan tak sabar nak  peluk cium Ahmad Khalis. Mama&papa sayang Ahmad Khalis!!!!


silalah comment post ini...

No comments: