Semalam dan hari ni rumah mertuaku diserang semut halus hitam. Pada mulanya ingat di ruang depan rumah je tp rupa2nya sampai ke dapur. Semut ni kalau gigit sakit ooooo.......tak padan halus. Yang membimbangkan aku adalah semut tu gigit anak aku dan takut masuk telinga. Kesian anak aku nanti.
Rumah korang pernah tak diserang semut? jd runsing kita dibuatnya. riset pun sampai berbotol2 untuk menyembur dia je. Agak2 kenapa ye semut ni menyerang?. Pada mulanya aku anggap rezeki, tp oleh kerana terlalu banyak terpaksalah dibunuh. Semut, semut, aku mintak maaf sbb terpaksa bunuh ko.
Mak aku pulak, dia langsung tak sedar yang semut tu mengurung kaki dia yang sakit. Nasib baik kakinya berbalut. Emak aku ada kencing manis so, bahaya untuk dia. Nasib baik aku perasan. Lagipun semut halus hitam ni kita tak rasa pun dia berjalan kat tubuh kita, tiba2 je rasa sakit digigitnya.
So, kawan2 hati2 ye kalau semut menyerang rumah anda, lebih2 lagi kalau ada baby. Kulit mereka ni nipis. So hati2 ye kengkawan!
Silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment