Salam n selamat petang semua....semenjak dua menjak ni asyik cite hal mengandung je kan..hehehehe...hal maklumlah selagi baby belum klr selagi tuelh citenya tak habis. Bila baby dah klr cite lain pulak. Betul tak????
Kak kat tempat keje aku ni ada seorang yang tarikh duenya sama ngan aku cuma dia awal satu hari tapi sekarang dia dah pun melahirkan anaknya pada 11 Jun 2012. Dia dapat baby boy. bestnye!!!!!! seronok dengar bila orang dah bersalin tp dalam seronok-seronok tu ada jugak rasa takut sebab aku tak bersalin-salin lagi.
Berat badan semakin bertambah. Hari-hari kena pergi klinik. Letih dibuatnya. Misi pun satu kalau timbang berat ibu tu ambil kiralah berat baby sekali. Bohonglah dalam tempoh satu minggu hanya naik dalam 0.5 kg sahaja, kecuali si ibu itu tiada selera nak makan. Tapi kesianlah kat baby kurang mendapt zat dari ibunya.
Eh dah kelain pulak citenya ye. kita sambung balik ke cite yang asal. Kakak tue melahirkan anaknya seberat 2.96kg. Wah! boleh tahan besar jugak babynya tapi dia bersalin secara forsep bukan secara normal. Tak kisahlah asalkan kedua-duanya selamat betul tak?. Pada mulanya aku ingat kitaorang bersalin saing sebab tarikh duenya kan sama ngan aku tapi lebih awal pulak. Takpelah dah rezeki dia.
Sekarang nie aku pulak yang menunggu hari. Jangan kata aku je risau, orang lain yang tengok aku pun turut sama risau tengok aku sebab tak beranak-ranak lagi. Aku pun kalau boleh dalam minggu nie aku dah bersalin sebab dah tak sabar nak tengok baby aku yang comel. Mama n papa dah tak sabar nak menyambut kelahiran baby.., cepatlah klr baby!!!....makcik2 n pakcik2 baby pun sama dah tak sabar sayang!..
Mama harap baby lahir sebelum atau pada 25 Jun 2012 ye sayang jangan lebih tau. Mama n papa sayang baby....Ya Allah, engkau perkenankanlah doa hambamu ini.amin...
Tahniah kak ina! kerana telah berjaya melahirkan baby yang sihat dan comel....
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment