Hari nie berlaku rombakan tempat duduk budak. Oleh kerana sayannnggggg (sayang lh sangat), budak-budak di unit aku bekerjasama mengubahsuai tempat duduknya dan diletakkan berdepan dengan bos. Kami buat keputusan begini bukannya apa untuk kebaikannya jugak.
Nasihat dah berbuih mulut cakap. Sain setiap keluar dan masuk pun kami dah lakukan untuk mendisiplinkan dia tapi itu semua usaha tak jalan langsung. Ibarat mencurah air di daun keladi. Sebelum pihak kami mengambil tindakan lebih jauh terhadapnya maka, kami menempatkan mejanya berhampiran dengan kami agar mudah untuk dipantau setiap pergerakannya. Aku pasti dia tak senang tapi dia sendiri yang cari penyakit dan menyusahkan diri sendiri so, terpaksalah terima.
Kalau kita tidak berdisiplin, dimana jua kita bekerja kita akan melalukan perkara yang sama. Sepatutnya dia kena ingat dia sekarang bekerja kerajaan, masa depannya cerah tapi dia sendiri yang menggelapkan masa depannya.
So, kawan-kawan di luar sana dan juga aku, disiplin amat penting. Dimana jua kita bekerja, company memerlukan orang yang berdisiplin dan memberi komitment yang tinggi terhadap company itu. Jangan kata kawan-kawan sahaja senang bekerjasama dengan kita, bos kita pun akan suka dengan kita. Entah-entah tiap-tiap tahun dapat anugerah perkhidmatan baik dan beruntung lagi dapat anugerah cemerlang...betul tak kawan-kawan....
Kerana budak nie jugak bos aku telah buat 5S. Hahahahaha....baguskn, secara tak langsung orang lain tumpang sekaki mengemas tempat duduk masing-masing. Opis aku sekarang nie memang tengah hangat dengan 5s. Bos aku pulak memang baru balik dari kursus 5s. Kursus 5s memang bagus untuk kita semua. Tidak semestinya 5s nie dibuat di opis sahaja tapi di rumah juga boleh. Bagi yang tahu 5s pasti tahu apa itu 5s dan macam mana nak buat.
Mari kita bekerja rerajin demi keluarga tersayang dan diri kita sendiri.
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment