Tuesday, February 28, 2012

Pelamin Anganku Musnah

Berbulan-bulan membuat persiapan perkahwinan, ke sana ke sini membuat tempahan dan membeli belah untuk memastikan majlis perkahwinan yang diingin akan menjadi sempurna. Survey mak andam sana sini cari mana yang solek cantik, baju cantik cantik dan yang penting harga yang diberi berpatutan. Maklum ajelah nak jadi raja dan permaisuri sekali dalam hidup mestilah nak perfact.

Bila semuanya dah satle tinggal tunggu hari dan masanye sahaja. Perasaan pulak akan merasa pelbagai rasa. Tapi...paling yang tidak diingini bila apa yang telah dirancang dan dibuat tiba-tiba terima berita kurang baik. MasyaAllah masa tue hanya Allah sahaja yang tahu hati dan perasan yang sedih. Rasa macam nak nangis dan menjerit kuat kuat...






Pelamin yang dah ditempah dan akhirnya menerima panggilan pelamin yang diingini tidak dapat. Ooooohhhhhh......TIDAK!!!!! aku sudah berangan angan duduk di atas pelamin itu tiba tiba musnah begitu sahaja. Nak tak nak pengantin terpaksa membuat pilihan yang lain (rela terpaksa terima). Inilah dia namanya "kita hanya merancang tapi TUHAN yang menentukannya". So, kawan-kawan di luar sana yang bakal bakal menjadi pengantin atau akan jadi pengantin pastikan anda membuat tempahan awal jangan membuat pilihan last minit. Apa yang anda inginkan tidak akan tercapai dengan sepenuhnya.

silalah comment post ini...

No comments: