Alhamdulillah, walaupun cikgu lebih bertuah katanya tapi bg kakitangan gov. pun bertuah jugak...terima kasih Allah dengan rezeki yang Engkau berikan...amin. Sekarang taraf hidup tinggi, harga barang sekarang dah mahal. Kalau gaji tak naik-naik, memang susah lah hidup bagi orang dalam kumpulan sokongan.
Naik gaji tahunan pun membantu jugak selain tangga gaji pokok. Sekarang kakitangan gov. berasa lega lh dengan pembentangan bajet tersebut. Kebanyakkan kumpulan sokongan yang dah berumahtangga nie ramai anak dan tanggungan. Mereka nie walau pun tak berpelajaran tinggi, tapi mereka tekun bekerja untuk mencari rezeki yang halal demi menyara ahli keluarga mereka.
Dengan pemberian ini jugak akan membuatkan mereka lebih tekun bekerja dan berasa bersyukur bekerja dengan kerajaan. Walau pun gaji nampak kecik berbanding dengan keje swasta tapi masa depan atau masa tua mereka lebih terbela dan terjamin. Biar susah dahulu dan senang kemudian...
Bagi kaum belia dan bujang, simpan lah duit anda dari sekarang....tak mustahil akan datang walau pun orang yang anda ingin kahwini tak berpelajaran tinggi tapi duit hantaran boleh mencecah belas-belas atau puluh-puluh ribu dengan keadaan taraf hidup sekarang. Gunalah masa bujang anda dengan sebijak mungkin dan tekun bekerja. Masa tue nanti orang dah tak akan mengatakan mak bapa nak jual anak...tapi harga barang dan kos-kos yang berkaitan dah naik.
Semoga hidup kita lebih bahagia, ceria, selesa tanpa hutang-piutang...
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment