Teringat kisah mula-mula terjebak dalam dunia percintaan adalah berpunca daripada SMS sahaja. Zaman dah semakin canggih lh kata kn...Komunikasi canggih ini telah menyumbang banyak kebahagiaan dan tidak ketinggalan juga kekalutan dalam hidup manusia.
SMS, sebagai penghubung yang mudah, ringkas, selesa dan cepat. Namun, dari sini lh munculnya 'Cinta SMS', penemuan baru dalam epilog cinta. Zaman dahulu surat adalah sebagai cara berhubung dan ada juga yang gentleman, luahkan sendiri isi hatinya terhadap gadis yang dicintainya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kekuatan untuk meluahkannya, bukannye senang dan mudah untuk kita mengucapkan 'i love u' atau 'sudikah awak jadi awek saya'.. kalau zaman ibu dan ayah kita surat adalah alat penghubung mereka. Berjumpa jauh sekali, memang dilarang oleh orang tua anak dara keluar rumah. So, posmen memang popular dan sangat dinanti-nantikan. Zaman sekarang tak perlu tunggu posmen, sms atau call sahaja dah boleh berhubung dan dengar suara orang yang dicintai dan dirindui saban hari.
Semasa di awal percintaan, boleh dikatakan setiap saat, setiap hari tak lekang dengan handphone. Boleh jadi gila kalau handphone hilang atau takde kredit...hahahaha....kelakar bila teringat kisah silam. Duit yang dapat hasil kerja sanggup top up handphone daripada beli barang. Ini lh dia kuasa cinta sms. Sampaikan Jari pun boleh lekuk dan lengguh. bercinta sms lagi jimat daripada berbual berjam-jam. Sebab itu lh cinta sms yang dipilih oleh kebanyakkan pasangan.
Memang indah pada awal percintaan. Setiap saat handphone tak berhenti berbunyi. Ada sesaje topik yang dibualkan. Bila sudah bertahun bercinta, cinta sms tidak serancak lagi di awal percintaan dulu. Bunyi handphone tetap berbunyi tetapi tidak sekerap dulu lagi, paling tidak pun hanya sms 'selamat pagi','selamat malam' dan 'dah makan?'. Satu soalan satu jawapan. Bila terjadi sedemikian pasti akan terfikir apa yang terjadi sebenarnya?, adakah hubungan ini akan kekal atau sebaliknya?, apa salah aku?, macam-macam perkara negatif yang difikirkan..perasaan pun mula lh berkecamuk dan cepat naik marah. Bila perhubungan menjadi hambar, cinta sms pun menjadi pudar.. dahulu penuh dengan gelak tawa dan gembira tetapi sekarang dibanjiri dengan air mata tiap-tiap malam... Apabila diselidik punya selidik rupa-rupanya cinta sms telah bertukar arah pada orang lain.... Bila rahsia telah diketahui, hancur lulur hati bak diiris dengan pisau dan begitu sakit dan perit sekali. Semangat yang kuat jadi lemah, selera makan tiada, hanya air mata sahaja yang menjadi makan minum dan teman setiap hari. Dahulu yang mempunyai badan yang comel tapi sekarang kurus kerempeng...semuanya kerana cinta sms.
Oleh kerana cintanya kuat, entah datang dari mana kekuatan itu telah membuatkan perasaan ingin dapatkan kembali cintanya pelbagai usaha dilakukan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, pelbagai dugaan yang ditempuh dan akhirnya memang jodoh itu kuat di tangan Tuhan, cinta sms kembali pulih dan bertukar cinta buat selama-lamaya hingga ke akhir hayat... Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya tapi jangan terlalu berserah sahaja pada takdir. Untuk mendapatkan apa yang dihajati haruslah berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah dan elakkan daripada melakukan kufur insyaAllah, Allah akan perkenankan doa dan usaha kita...
Untuk semua lelaki yang sudah bergelar suami dan wanita yang sudah bergelar isteri, anda semua mungkin sudah bergelar ayah dan ibu, inilah mesej SMS aku untuk anda semua, "Cinta SMS hanya untuk orang yang kita sayangi bukan untuk melukai hati dan perasaan orang yang kita sayangi"...
No comments:
Post a Comment