Bila dah nak raya nie mestilah menyibukkan diri utk membuat persiapan raya betul tak?. Aku pun salah seorangnya yang sama-sama menyesakkan bandar Kota Tinggi untuk mencari baju raya. Habis semua kedai di Barzar Ramadhan dan kedai Mini Kelantan aku masuk semata-mata nak cari sepasang baju raya sahaja. Nak lengguh kaki aku. Dah puas satu kedai ke satu kedai akhirnya jumpa jugak pilihan di hati dan berasa berpuas hati dengan pilihan.
Alhamdulillah pilihan tepat dimana serasi dengan baju melayu si suami. Tahun nie tema aku dan suami adalah warna kelabu. Aku rasa tahun nie ramai yang tema sama macam aku sebab aku cari selendang, kata tuan kedai ramai yang cari warna sama macam aku cari.. Aaahhh! lantak lah..diorang rumah lain, tempat lain. Klu tak nak sama, design sendiri, jahit sendiri betul tak?.
Sekarang baju, tudung dan kasut raya dah ada. rumah tak pening kepala sangat sebab duduk dgn mak, semua dah ada tinggal kuih raya je tambah-tambah sikit. Satle sudah..
silalah comment post ini...
No comments:
Post a Comment